IP

Monday, May 10, 2010

ada apa dengan cinta

Setiap manusia diberi Allah akal dan fikiran dan diberi hati dan perasaan untuk kita gunakan dalam menjalani hidup seharian, perancangan hari esok dan seterusnya. Kita perlu menggunakannya sebaik mungkin dalam mencorakkan hidup, melalui masa-masa yang mencabar, mengkaji tindakan yang akan dilakukan dan sebagainya.

Selalunya ketika kita leka apabila dibuai oleh perasaan. Kita lakukan apa yang tidak terlintas diminda atau terdetik dihati disebabkan oleh keinginan untuk mencapai apa yang diinginkan. Ada ketika perbuatan kita itu disebabkan oleh cinta, persahabatan atau sebagainya. Cinta selalunya membuatkan kita lupa akan diri kita, tujuan kita, hajat kita, matlamat diri kita dan tanggung jawab kita kerana kita dibuai atau dikaburi olehnya.

Kita akan mengejarnya dengan apa cara sekalipun walaupun ada ketikanya cinta itu terbit hanya untuk kepuasan sementara. Ada ketikanya kita melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan hanya disebabkan cinta. Menghabiskan masa, tenaga, dan wang ringgit adalah perkara biasa yang dilakukan disebabkan oleh cinta. Ada juga yang lupa pasal tanggung jawab yang telah diamanahkan juga disebabkan oleh cinta.

Cinta itu indah jikalau dibentuk, dipupuk dan dianyam oleh dua hati yang saling memahami, bertimbang rasa dan saling tolong menolong. Ianya indah jika diberi kebebasan untuk melayari tanpa ada undang-undang atau peraturan yang menghalang atau menyekat kerana ianya akan melemaskan cinta. Seperti.....

"Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah pabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan"

Apabila cinta menguasai diri, kita akan lupa segala. Buta mata dan hati. Ada ketika sahabat menjadi racun yang berbisa kepada sang penbercinta. Nasihat dan teguran kadangkala diertikan sebagai omong kosong atau penghalang kepada cintanya. Padanya, apa yang dilakukan hanya untuk membuktikan cintanya. Perhubungan dengan sahabat akan menjadi semakin jauh dan renggang sehingga ada kalanya terputus disebabkan oleh cinta.

Apabila krisis melanda, semua perasaan akan datang; sesal, kecewa, merana, marah dan sebagainya melanda diri. Diketika itu, perasaan keseorangan menguasai diri. Semua yang negatif bersimpang siur didalam diri. Persoalan mengapakan itu dan ini berlari-lari didalam minda dan hati membutuhkan jawapan. Diketika itu, yang diingati hanyalah sahabat untuk mencurah rasa, meminta nasihat dan sebagainya. Penyesalan adalah galanggantinya.

Penyesalan adalah penyelesaian kepada kekusutan. Akan tetapi selalunya sang pencinta akan tewas dengan cinta apabila datangnya pujuk rayu. Walaupun pada mulanya akal menguasai diri tetapi pabila perasaan rindu, kasih dan sayang menguasai diri, selalunya sang pencinta akan kembali. Menerima semula dengan harapan akan ada perubahan didalam perhubungan.

Sahabat akan sentiasa setia disisi, menemani saban waktu, melihat dari kejauhan, menegur pabila diberi ruang. Sahabat adalah seperti...

"Sahabat adalah kebutuhan jiwa yang mendapatkan imbangan. Dialah ladang hati yang penuh kasih kau taburi dan kau pungut buahnya dengan penuh rasa terimakasih. Persembahkan yang terindah bagi persahabatan! Jika ia harus tahu musim surutmu, biarkan ia mengenal musim pasangmu. Sebab siapakah sahabat itu, hingga kau hanya mendekatinya untuk bersama sekadar membunuh waktu. Carilah ia, untuk bersama menghidupkan sang waktu!! Sebab dialah orang untuk mengisi kekuranganmu, bukan sekadar mengisi kesenanganmu. Dan dalam kemanisan persahabatan, biarkanlah ada tawa-tawa kegembiraan, berbagi duka dan kebahagiaan. Sebab dari titik kecil embun pagi, hati manusia menghirup fajar pagi dan menemukan gairah segar kehidupan" (Petikan : http://www.wikimu.com/News/DisplayNews.aspx?id=9097)

No comments:

Post a Comment