IP

Sunday, June 13, 2010

Memori yang indah...

Dalam kehidupan, apa yang kita lakukan / lalui mempunyai maksud yang tersirat. Ada ketika kita memahami dan ada ketika tidak.

Pernahkan kita terpikir perkara yang berlaku dalam hidup kita dan perkara itu seolah-olah ianya semacam tiada titik penamat ataupun penamat yang tidak sepatutnya?

Ada ketikanya dalam kehidupan, apa yang kita harapkan adalah untuk disayangi dan diterima oleh orang di sekeliling kita dan menerima kita sebagai diri kita sendiri.

Ada kalanya, kita jatuh cinta tetapi kita tidak tahu bahawa, cinta itu akan mempunyai kesudahan atau kesudahan yang bagus atau cinta akan berpanjangan atau tau apa yang akan terjadi keesokan harinya kerana keesokan hari adalah sebuah hadiah misteri daripada Tuhan.

Kadang-kala, kita tidak perlulah mengharapkan apa-apa daripada orang yang kita kasihi kerana apa yang penting adalah impak / kesan dari tindakan yang kita lakukan adalah perkara yang paling penting.

(cth : Aku boleh memberikan kau satu pelukan apabila kau sedih tetapi, sama ada kau menghargainya atau tidak, itu adalah perkara yang kedua, kerana yang penting ialah, kau berasa lebih lapang dan girang. Itulah impak yang kuhendak lihat).

Apa yang penting, aku hanyalah ingin menjadi teman kau yang sering berada di sisimu semasa masa gembira dan sedihmu.

Perkara begini banyak menganggu fikiran, tetapi kini, apa yang diingini adalah menjadi seperti seekor burung yang terbang bebas di langit biru.

Ya Allah..... Perkenankanlah.....

Akan tetapi, adakah ini semua… sebuah memori yang indah ...... ?


Sent via BlackBerry Smartphone

No comments:

Post a Comment