IP

Friday, June 4, 2010

Allah maha mengetahui

Setiap dari kita kekadang lupa ngan apa kita lakukan setiap hari. Selalunya kita buat apa yang kita rasa betul ketika itu. Tindakan yg kita lakukan itu selalunya akan menberi kesan samaada ketika itu juga atau pada masa akan datang. Samaada hanya kepada kita sahaja atau kepada sesiapa disekeliling kita.

Ada ketikanya kita ketepikan dosa pahala atau terlupa memikirkan akannya. Justeru itu kita akan hanyut dengan tindakan yang kita lakukan terutama tindakan yang dilakukan itu membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.

Newton 3rd law ada mengatakan "for an action has an equal or opposite reaction". Jadi, setiap tindakan perlu diperhalusi kerana kesannya ada ketikanya memberi impak yang berlawanan yang mana membuatkan kita akan terduduk untuk satu tempoh yang agak lama.

Allah itu maha adil. Dia akan memberi kepada sesiapa yang berusaha. Akan tetapi hasil tidak menghalalkan cara. Betul tetap betul, salah tetap salah. Dosa tetap dosa, pahala tetap pahala. Tiada yang kelabu. Kita yang selalu lupa.

Allah maha mengetahui. Setiap tindakan kita dipantau olehNya 24x7. Tiada yang terlepas pandang. Semuanya akan direkodkan. Kita yang selalu lupa. Yang kita ingat hanya pasal kita. Keseronokan kita. Kebahagiaan kita. Kehidupan kita.

Yang pasti hidup kita akan dipantau dan diadili. Kita yang menzalimi hidup kita. Kita selalu menyesali dengan apa yang kita lakukan apabila sesuatu musibah menimpa kita. Kita selalu mengingatiNya bila didalam keadaan kesusahan dan bukan setiap masa.

Akan bersambung... Idea xde plak...


Sent via BlackBerry Smartphone

No comments:

Post a Comment