IP

Monday, June 14, 2010

Jangan bersedih lagi...

Jangan kau bersedih lagi...
Keringkanlah titisan airmata di pipimu...
Tabahkan hatimu...
Sekalipun tak pernah terduga...
Halangan yang melanda...
Mungkin rahmat sebaliknya...
Membuahkan bahagia...

KESEDIHAN...

Kita tidak pernah mengundangnya namun selagi kita bergelar manusia, kesedihan pasti akan dirasai oleh setiap manusia melalui rentak kehidupan ini. Dalam kesedihan pasti ada airmata, namun jangan lagi kita tangisi atau iringi kesedihan itu dengan airmata lagi kerana lazimnya kesedihan itu boleh membuat kita manusia merendah diri tapi dalam masa yg sama kesedihan boleh menjalinkan hubungan sesama manusia.

Kesedihan boleh dijadikan ubat penawar kepada jiwa. Kalau kita fikir dengan baik dimanakah dan siapakah tempat untuk kita mengadu, kalau bukan kepada Tuhan Yang Esa. Ketahuilah dalam masa kesedihan, sembahyang dan berdoa adalah cara yg paling berkesan. Ia membawa hasil yang segera. Kita akan merasakan satu kelegaan kerana telah mengadu pada yang Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semua bergantung pada individu yang mengaitkan dirinya dengan kesedihan. Tenang jiwa kita, tenanglah kita membuat keputusan. Sebab itu jangan membuat keputusan dalam keadaan kita yang tertekan. Pilihan ditangan kita.

Dalam kesedihan ada benih kegembiraan. Carilah ia... Cambahkan ia... Agar esok dapat memunggut faedah kegembiraan. Kita tidak akan membenarkan perkara kecil atau remeh-temeh menganggu kita lagi.

(Source : blogs, reading, email, editing)


Sent via BlackBerry Smartphone

1 comment: