IP

Friday, June 4, 2010

Best kan kalau dapat diundurkan masa...

Di pagi Jumaat, sambil berbaring kat sofa, angin sepoi-sepoi bahasa (dari putaran kipas) bertiup membuatkan diriku terkenang kembali kenangan semasa belajar di States. Masa tu, semuanya indah walaupun berkelana di negara orang, selalu kesuntukan wang, rindu kepada keluarga, tidak memahami bahasa ibunda mereka, pelajaran yang terumbang ambing dan seribu satu cerita yang dilalui. Tiba-tiba hatiku terdetik dan berkata:-

“Andai dapatku putarkan kembali masa, aku nak balik semula time aku berada disana…



… gambar dari FB …

Aku sedar, aku tau, masa yang telah berlalu tak akan kembali lagi. Itu hanya lipatan sejarah yang manis dalam hidupku. Kerana masa itulah, lahirnya aku sekarang. Sebab itulah aku perlu menghargai masa sekarang supaya aku tidak menyesal di kemudian hari. Bak kata orang-orang dulu:-

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde faedahnya”

Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang pernah, sedang dan akan hadir didalam diri ini. Kerana andalah maka saya seperti yang anda lihat sekarang.

No comments:

Post a Comment