IP

Tuesday, June 8, 2010

Apa yang nak kita sombongkan.... ?

Sombong? Satu perkataan yang sukar diterima bila kita diertikan dengan perkataan itu. Terlalu negatif dalam konotasinya. Kenapa sombong diertikan begitu? Kenapa sombong selalu diertikan seperti penyakit? Kenapa sombong ada didalam diri kita sehinggakan tampak diluaran? Disini, ianya kerap muncul tanpa kita sedari dan semakin sulit untuk dikesan bila ianya menguasai diri. Akar dari kesombongan ini adalah EGO yang berlebihan.

Lumrahnya, ego menampilkan dirinya dalam bentuk harga diri (self-esteem) dan kepercayaan diri (self-confidence). Akan tetapi, kedua sikap ini berubah menjadi kebanggaan (pride). Justeru anda sudah berada sangat dekat dengan kesombongan. Batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas.

Kita sebenarnya terdiri dari dua kutub, iaitu EGO di satu kutub dan KESEDARAN DIRI di kutub yang lagi satu. Pada saat kita dilahirkan, kita tidak mempunyai apa-apa. Tetapi, seiring dengan waktu, kita mulai memupuk berbagai keinginan, lebih dari sekadar yang kita perlukan dalam hidup. Perjalanan hidup cenderung mengiringi kita menuju kutub EGO.

Illusi ego inilah yang memperkenalkan kita kepada ketamakkan (kesukaan yang ekstrem) dan kebencian (ketidak-sukaan yang ekstrem). Inilah akar dari segala permasalahan. Perjuangan melawan kesombongan merupakan perjuangan menuju KESEDARAN DIRI. Untuk melawan kesombongan dengan segala bentuknya itu, ada dua perubahan yang perlu kita lakukan.

PERTAMA, kita perlu menyedari bahawa pada hakikatnya kita bukanlah MAKHLUK FIZIKAL, tetapi MAKHLUK SPIRITUAL. Kesejatian kita adalah bersifat rohani sementara tubuh fizikal hanyalah peralatan untuk hidup di dunia. Kita lahir dengan tangan kosong dan kita pun akan mati dengan tangan kosong. Pandangan seperti ini akan membuat kita melihat semua makhluk dalam kesamaan yang universal. Kita tidak akan lagi dikelabui oleh penampilan, label dan luaran lainnya. Yang kini kita lihat adalah dalaman. Pandangan seperti ini akan membantu menjauhkan kita dari berbagai kesombongan atau illusi ego.

KEDUA, kita perlu menyedari bahawa apa pun perbuatan baik yang kita lakukan, semuanya itu semata-mata adalah juga demi diri kita sendiri. Kita memberikan sesuatu kepada orang lain adalah juga demi kita sendiri. Kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta-kasih dan sayang, makna hidup, maupun kepuasan batin yang mendalam. Oleh itu, setiap kali kita berbuat baik kepada orang lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri dan setiap kali kita menyakiti atau menyinggung hati orang lain, bermakna kita menyakiti dan menyinggung hati kita sendiri!

Apa sebenarnya yang kita nak sombongkan.....?

(Source : few blogs + editing)



No comments:

Post a Comment