Memang aku tak faham kenapa boleh terjadi sebegini sedangkan yang menafikan itu mempunyai kehidupannya sendiri yang baik tetapi dia sanggup menyukarkan kehidupan org lain. Orang yang dinafikan hak dan kebebasan tu pun mempunyai kehidupannya tersendiri. Mempunyai matlamat hidup yang tersendiri. Mempunyai visi-misi dalam mencorakkan hidup.
Apa yang dia buat mungkin disebabkan kasih sayang. Mungkin sebab nak membetulkan keadaan. Mungkin sebab dia pun dinafikan hak dan kebebasan. Mungkin dia takut kehilangan. Mungkin dia cemburu. Mungkin dia rasa inferior. Mungkin dia dibesarkan dalam keadaan begitu. Mungkin dia kiasu. Paranoid pun boleh jadi. Ilmu yang cetek. Pengalaman yang tidak seberapa. Sikap pun. Banyak kemungkinan kalau dipikirkan.
Bagi aku kadang kala tindakannya hanya mengikut perasaan amarah semata-mata. Mungkin disebabkan ego. Mungkin disebabkan "man is always right". Mungkin disebabkan kononnya hanya caranya yang berkesan. Mungkin disebabkan pada dia cara yang orang dia control tu amalkan sebelum ini sudah jauh tersasar dari nilai-nilai murni.
Lagu dia dan laguku berbeza (teringat Score A) tapi please lahh, don't threat them like a kid. Even a kid has his/her own mind. Mereka dah besar dan tahu hala tuju jalan kehidupan masing-masing. They even sometime have family on their own. Please keep your possessiveness away.
Nasihat aku kepada semua, apabila kita mahu kehidupan kita senang dan mudah, janganlah kita menyukarkan kehidupan orang lain dan sentiasalah berfikiran positif. Ikutlah peredaran masa dan usia. Banyakkan membaca dan bergaul. Jangan jadi seperti katak dibawah tempurung.
Nak jadi protector pun jangan lah sehingga melampaui batas-batasnya. Cuba pikir pasal orang yang hendak kita control tu. Apa dia rasa, apa dia nak, apa dia impikan, jangan dok pikir pasal diri sendiri sahaja. Janganlah sampai org mengata kita dengan benda-benda yang tidak elok.
Renung-renungkan lah. Allah maha adil dengan hambaNYA....
Sent via BlackBerry Smartphone
“A woman has got to love a bad man once or twice in her life, to be thankful for a good one” ~Marjorie Kinnan Rawlings
ReplyDelete