IP

Thursday, June 10, 2010

Keputusan...

Manusia sering dibebani dengan soalan-soalan hidup yang mana memerlukan jawapan yang perlu diputuskan dengan membuat keputusan. Keputusan perlu dibuat terhadap soal cinta, kerja, rumahtangga, pendidikan anak-anak, memilih kerjaya serta benda-benda remeh yang lain seperti apa nak dimakan dan baju apa yang nak dipakai. Kadangkala, membuat keputusan ini memang mudah, hanya dengan sekelip mata saja. Kadangkala pulak, sehingga kita tak dapat nak tidur memikirkan apakah perkara sebaiknya hendak dilakukan bagi mengatasi masaalah yang mendatang. Lebih-lebih lagi kalau ianya melibatkan wang ringgit atau soal cinta.

Kawan saya ada berkata; “Today, people are afraid to make decision.” Benar. Hari ini ramai orang takut untuk membuat keputusan. Ramai yang rasa gusar untuk membuat keputusan mungkin kerana akibat yang dihasilkan mungkin tidak sebagaimana apa yang diharapkan. Membuat keputusan adalah salah satu risiko yang paling besar. Dan menunggu akibat yang akan terhasil daripada keputusan yang dibuat itu juga satu risiko.

Akan tetapi, sepatutnya, perkara terbabit tidak sepatutnya menghalang seorang yang berakal dari membuat keputusan.

Kawan saya menyambung “Awak buat (keputusan) akan ada akibat yang timbul. Awak tak buat pun akan ada akibat yang timbul. Jadi kena ada pertimbangan.” Sama juga dengan membuat keputusan. Buat keputusan, tidak kira salah ataupun betul, akan ada akibat yang muncul. Tidak buat keputusan juga menyebabkan timbul akibat juga.

Jadi kalau ada orang beranggapan bahawa dengan tidak buat keputusan, dapat meloloskan diri daripada masalah. Ini fikrah yang silap. Bahkan, tidak membuat keputusan mungkin menyebabkan timbulnya masalah yang lain. Jadi perlu fikirkan dengan betul dan wajar di atas pertimbangan yang waras akan apa-apa keputusan yang dibuat.

Jadi sebagai seorang Muslim, sewajarnya, tidak perlu untuk kita gusarkan mengenai ketakutan membuat keputusan. Apa yang perlu adalah untuk kita meminta petunjuk dari-Nya dan seterusnya bertawakal kepada-Nya.


No comments:

Post a Comment