IP

Saturday, April 30, 2011

Sedih dan Berduka

Tidak salah untuk merasa sedih kerana ia suatu perasaan. Tidak salah untuk merasa kecewa kerana itu juga suatu perasaan. Tidak salah juga untuk menangis kerana ia sememangnya jua sebuah luahan perasaan sedih dan kecewa.

Namun yang menjadi salahnya apabila melebih-lebihkan kesedihan itu dengan menyalahkan takdir, lalu melakukan perkara-perkara yang menyalahi fitrah.

Dimanakah kesabaran yang diajar ???
Kadang-kadang kita menyalahkan takdir sampaikan kita menangis dan terlalu kecewa, tetapi hakikatnya mungkin DIA tidak berkehendak kita jatuh ke tempat yang tidak baik.

Cuba kita teliti jalan-jalan yang pernah kita lalui dahulu, kadang-kadang ada kehendak yang kita tidak dapat penuhi lantaran tidak mendapat keizinan, dikecewakan, ditipu dan sebagainya.

Selaklah kembali kisah-kisah selepas kejadian memilukan tersebut, tentu ada kebaikan yang tersingkap lalu kita mengucap 'Alhamdulillah', 'nasib baik', 'kalau tak' dan ucapan yang seumpama dengannya.

Semua itu adalah hikmah, hikmah yang tersembunyi ketika berlaku musibah pada kita, kemudian terzahir beberapa waktu andai kita duduk berfikir. Semua itu untuk kita lebih mensyukuri setiap nikmat yang ada di depan mata kita.

Benarlah perkara yang berlaku dilakukan secara bergilir-gilir dengan perkara kebaikan dan keburukan. Ianya peluang untuk kita membuat pilihan sama ada hendak berbuat baik atau berbuat jahat. Pilihlah mana satu kata hati dan kehendak kita.

Tapi ingat, natijah dan kesan untuk keduanya berbeza.

Akhir kata, janganlah bersedih pada ujian yang menimpa. Bukan hanya kita yang merasa, orang lain juga lebih teruk menderita. Namun dengan ujian itu mereka yang bersabar akan diangkat darjat mereka.

Seperti kata pepatah....

'Bumi mana yang tidak pernah disirami hujan, kerana dengan hujan itu suburlah dan indahlah bumi.

'Manusia mana yang tidak pernah ditimpa ujian, kerana dengan ujian itulah semakin subur iman dan keyakinan seorang insan.'

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment