IP

Friday, April 8, 2011

Betulkah pilihan kita?

Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah? Teman yang tak 'ngam'? Ataupun pasangan yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka. Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, mengenali manusia lain. Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya. Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Akhirnya...
Kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali? Bukan tidak berusaha untuk mencari titik persamaan tetapi seakan titik itu menjauh dari pandangan.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita. Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita. Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang salah itu sendiri banyak mengajar kita akan kekurangan diri kita sendiri.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan untuk kita belajar sesuatu darinya. Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah. Semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman. Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah. Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh. Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang mengetahui kenapa kita dipertemukan dengan pasangan kita.

And He Knows best.

Bersabar, dan teruslah berdoa. Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment