IP

Wednesday, April 13, 2011

Pulihkanlah baki cinta yang ada

3:50am
Bedtime story
CL : ManU vs Chelsea : 1-0 : 49:50


Kita ialah jiwa hamba. Jiwa kecil kita ini mudah tersentuh apabila perasaan tidak serasi dengan fitrah. Fitrah manusia senang hanyut sekiranya tiada iman sebagai pendinding. Kebal kita bukan kerana kuat atau sihat tubuh badan tetapi kuat iman menahan asakan di setiap penjuru.

Kadangkala apabila perkongsian terbina bukan kerana cinta yang tulus maka tumbuhlah tunas-tunas lalang menghalang cahaya cinta daripada terus menerjah ke sumur hati.

Mulalah timbul niat di hati mahu berpisah ataupun membujang. Kita juga lupa apabila sudah berkahwin tiada lagi wangian melekat di badan seperti seawal bercinta dahulu. Kini yang tinggal hanya bau yang tidak menyenangkan lantaran penat bekerja.

Kini barulah kita tahu tembelang sebenar pasangan. Si suami bangun lewat tatkala Subuh menuju penghujung dan si isteri pulang lewat malam tanpa keizinan. Memang susah mencari seorang Adam yang terfikir untuk mempunyai seorang Hawa yang halal baginya itu mengarah jalan menuju ke Syurga.

Kita cuma terfikir kehidupan di dunia sahaja. Apabila timbul soal perkongsian hidup, ianya hanya berupa material luaran sahaja. Tiada lagi pertimbangan rohani dan tiada lagi soal kebahagiaan si dia, kebebasan si dia atau mengerti tentang si dia.

Kita selalu mengharapkan si dia sempurna tetapi adakah kita sedar pasangan kita juga menagih kebaikan dan tanggungjawab kita kepada institusi yang dibina seperti yang kita ikrarkan dulu.

Benar qadha' dan qadar adalah ketentuan daripada yang Maha Esa. Kita hanya merancang tetapi Allah SWT yang menetukan soal jodoh, maut, dan rezeki kita. Tidak penting di mana kita bermula tetapi ke mana kita berakhir. Perkahwinan memerlukan komitmen yang tinggi. Ianya umpama mengemudi sebuah kapal yang penuh dengan barangan dagangan untuk di layari di tengah-tengah lautan, ia adalah tanggungjawab.

Ingat! Laut pula tidak pernah sunyi dari ombak dan pelayaran tetap diteruskan. Hanya yang tinggal ialah kebijaksanaan komunikasi antara nakhoda dan kelasinya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment