IP

Monday, April 4, 2011

Kehilangan

12:30am
Bedtime story
City vs Sunderland : 5 - 0 : 74:36


Kehilangan orang yang disayangi adalah satu episod yang begitu sukar ditempuhi dan kesedihan serta sengsara yang dialami mungkin mengambil masa untuk berlalu.

Dengan kehilangan itu menyusul pula cetusan pelbagai rasa dan emosi. Biasanya hidup seseorang dalam situasi ini akan menjadi gelap dan kosong.

Kita seolah-olah hilang punca, tercari-cari dan tidak pasti tentang apa yang telah dan akan berlaku. Dan bila sebegini, kita tidak pasti dan takut untuk meluahkan apa yang dirasa kerana khuatir percakapan itu akan mengguriskan lagi perasaan dan mengeruhkan lagi keadaan.

Banyak kali, kita rasa seolah kita tidak boleh melakukan apa-apa bagi meringankan beban yang digalas.

Orang Lain, Lain Dukanya. Setiap perasaan duka yang dialami adalah berbeza untuk setiap insan.

Luka dari kesedihan mengambil masa yang lama untuk pulih. Sembuh dari kesedihan mengambil masa. Proses ini tidak boleh dipaksa atau dipercepatkan dan tiada jadual atau jangkamasa bagi sembuh dari kesedihan.

Pada saya, percakapan seperti ianya sudah ditentukan atau ramai orang telah melaluinya seharusnya dihindarkan. Percakapan sebegini akan membuatkan seseorang yang berduka itu menjadi lebih sedih.

Untuk menolong, biarkan dia tahu bahawa dia bukan keseorangan dan anda ada bersamanya untuk berkongsi apa yang dia rasakan. Tidak Perlu Cakap Apa-Apa. Hanya bila seseorang yang berduka bersedia untuk bercakap, barulah mereka mula bercakap tentang apa yang mereka alami.

Oleh itu interaksi yang sebaiknya adalah dengan mengucapkan "Saya tidak pasti tentang apa yang awak rasa atau perlu, tetapi saya ada di sini untuk membantu. Beritahu saya apa yang awak perlukan".

Berkongsilah tentang pengalaman yang pernah dilalui dan bagaimana anda menyelesaikan episod itu.

Mereka yang kehilangan orang yang dikasihi akan melalui empat fasa kesedihan - penafian, kemarahan, kemurungan dan akhirnya penerimaan. Dengarlah apa keluhannya dan nyatakan yang anda faham dan ingin berkongsi duka itu.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment