IP

Friday, February 4, 2011

Temuilah bahagia ketika kita mencarinya

Temuilah bahagia ketika kita mencarinya.  Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.

Carilah harta, tetapi genggamlah cinta.  Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu. Tunaikanlah  hukum-hukum cinta.

 
Hukum-Hukum Cinta

Antara hukum cinta yang diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.

Jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.

Jangan hanya mengucapkan kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang  dapat dilihat dan dirasakan.

Dan paling penting, jangan sesekali abaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.

Cinta itu kepunyaan Allah. Jagalah cinta itu kerana Allah akan menyuburkan cinta kita suami isteri.

Dunia ini umpama lautan, ramai orang  yang memburunya ditenggelamkan.

Dunia ini penuh dengan tipu daya, ramai yang terpedaya. Ramai yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.

Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan kerana memburu  dunia.

Dunia tidak salah selagi kita jadikan alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.

Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar,  kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya  kita tuai di akhirat.

Jika ada rasa itu di dalam jiwa ketika memburu karier, kejayaan, apa jua  aktiviti keduniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.

Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.

Akan menjadi kesulitan apabila hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.

Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.

Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita  tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa  puncanya!

Nukilan dibawah menerangkan....

Sayang... di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku
Debarnya debar cinta
Denyutnya denyut setia
Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih
Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela
Sayang.. dikejauhan ini
Ku sapa salam setiamu
Ku sambut  senyum mesramu
Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
... rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,
Semakin terpisah...
cinta kita  semakin indah
Semakin jauh...
kasih kita semakin kukuh
Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment