Terbaca dalam satu journal malam td....
Dalam teori psikologi, terdapat satu istilah yang dinamakan Genovese syndrome, berkait rapat dengan situasi dan kisah di atas.
Sindrom Genovese adalah satu fenomena di mana seseorang itu mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri atau memberikan bantuan dalam keadaan yang penting dan genting, dengan wujudnya bilangan orang yang ramai.
Ringkasnya, keadaan ini sama dengan peribahasa Melayu, lepas tangan.
Impak dari sikap ini, belajar tidak aktif, bekerja tidak produktif, malahan berbincang atau bercakap pun sangat pasif!
Rata-rata dari kita 'menghidap' sindrom ini, sama ada sedar mahupun tidak. Apa tidaknya, mengambil bahagian dalam perbincangan tak mahu, bertanya soalan tak mahu, mengatakan sesuatu yang hak dan benar pun tak mahu! Alahai.
Mahukah kita terus menjadi orang yang mundur, sering direndah-rendahkan?
Puncanya? Tanya diri sendiri.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Pemandu e-hailing cemas kereta 'terjun' tasik
2 hours ago
No comments:
Post a Comment