IP

Sunday, February 13, 2011

KL

Entah mengapa, tiba-tiba sahaja aku teringatkan Kuala Lumpur. Kota yang banyak mengajar aku erti persahabatan serta kecekalan dalam meneruskan hidup di kota metropolitan. Betul kata orang, bila kita berada jauh dari keluarga hanya sahabat sahaja jadi peneman disamping doa dari keluarga. Jika kita tersilap pilih rakan, maka tumpas la kita hanyut dalam arus kehidupan kota.


MALEK RIDZUAN : KUALA LUMPUR OH KUALA LUMPUR

[Verse]
Aku datang dari desa
hanya sebatang kara
Meninggalkan kampung tercinta
dan sanak-saudara
Setiba dikotaraya
kugiat berkerja
berlumba-lumba mengejarkan
apa yang dicita

Meskipun badai yang melanda
aku terus melangkah
mengharungi hidup kota
dengan sepotong doa
Agar penghidupan
lebih maju bermakna
cuba membela nasib agama, bangsa, negara

[Chorus]
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan cabaran
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan harapan

[Verse]
Simiskin dan sikaya semua tiada dibeza
dikotaraya yang mempunyai berbilang bangsa
Bila larut senja menjelma sungguh indahnya
Oh bertapa aku terharu dan sungguh berbangga

[Chorus]

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment