IP

Thursday, February 3, 2011

Lawak Ntah Hape Ntah...

Assalamualaikum...mari kita bertemu lagi di segmen tidak sirius kali ni...

Kisah kali ini plak dilakonkan oleh sorang mak bersama anaknya berlatar belakang kan suasana yang separa tegang.... zasss.....


Mak oo mak.., Man pelik la mak..", jerit Man memanggil-manggil ibunya.

"Apa yang pelik sangat tu Man oi", sahut ibunya dari dapur. Man meluru ke dapur bila terdengar suara ibunya

" Mak.. tengoklah ni..", kata Man seraya menunjukkan kepingan surat panjang yang berwarna putih kepada ibunya.

"Wah banyak surat ko dapat hari ni Man.. dari sape?", tanya ibunya kehairanan.

"Hari tu kan Man ada bagitau mak yang Man nak mohon kerja....." terang Man.

"Hah, habis tu... surat tu kata apa ?", tanya ibunya dengan wajah yang sedikit ceria.

"Ko dapat ke tawaran kerja tu ..Man?" tanya ibunya lagi.

"Tak.. ni semua surat yang Man pos 3 bulan lepas.. konon nak mohon kerja sebagai juru auditlah tapi?...", kata-kata Man terhenti di situ.

Ibunya menggeleng tanda paham. " Ala ... belum ada rezeki la tu Man oi... janganlah ko risau... rezeki ada di mana-mana, yang penting usaha dan tawakal" ibunya cuba memujuk.

Man termenung memandang ke lantai tanpa sepatah kata.

"Kalau susah sangat... ko kerja jer kat kilang sabun tu...", kata ibunya lagi.

"Mak..Man peliklah. Nape surat ni ada cop KICK ?", tanya Man sambil menunjukkan cop yang tertera di luar sampul surat

Ibunya kehairanan lalu bertanya , "Eh ..KICK tu maknanya tendang kan Man?".

Man hanya mengangguk.

"Bak sini bagi mak baca surat kau tu..", kata ibunya lalu mengambil dan mengeluarkan surat tersebut dari sampulnya. Surat tu bertaip dengan rapi sekali seolah-olah tiada sebarang cela. Ibu Man membaca dari perkara 

 
PER: MEMOHON KERJA SEBAGAI JURU AUDIT.

Suka citanya saya seperti nama di atas ingin memohon kerja sebagai juruaudit di syarikat tuan seperti yang telah diiklankan di surat khabar.

2) Di sini saya ingin bertanya serba sedikit soalan kepada tuan.

a) Kalau saya diterima berkerja, berapakah gaji yang akan tuan bayar memandangkan saya berkelulusan diploma?

b) Adakah saya akan dipindahkan ke syarikat lain memandangkan syarikat tuan banyak cawangan. Kalau ya di manakah saya akan dipindahkan?

c) Bila tuan nak menemuduga saya? Kalau boleh biarlah cepat sikit. Manalah tau ada syarikat lain yang akan panggil saya dalam masa terdekat ni... melepas pulak tuan nanti.

d) Dekat syarikat tuan ada kemudahan seperti surau tak? Senanglah bagi kami orang islam nak beribadah nanti.

e) Tempat juruaudit tu tempat yang dikhaskan ke atau terbuka bersama-sama staff lain?

Itulah serba sedikit mengenai butir diri saya buat rujukan tuan.

Kerjasama dari pihak tuan amatlah di harapkan dan saya hargai dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian .

P/s: Tuan nanti saya akan hadiri temuduga saya dengan kemeja dot-dot hitam putih yang dipadankan dengan seluar slack warna pink untuk memudahkan tuan mengenali saya.

Yang Benar, 

(MAN BIN BAI ) 

 
Surat itu renyuk di genggaman ibunya. Man kehairanan lalu bertanya,

"Eh...nape mak renyukkan surat tu?".

Ibunya memandang Man dengan geram lalu berkata, "Ini surat mohon kerja hotak ko.. ko ni terencat akal ke? Aku yang tak habis sekolah ni pun tau macam mana nak buat surat mohon kerja.." marah ibunya.

Sebelum berlalu, ibunya sempat membelasah dan menerajang Si Man sambil berkata , " Ha.. ni baru betul-betul KICK..".

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment