Apabila mahu orang lain berfikiran seperti kita, maka kita marah bila ia tidak berlaku. Padahal, kita tidak boleh marah kerana mereka tidak boleh menjadi kita. Biasanya, ginilah yang seringkali terjadi di antara suami-isteri, ibu-bapa, atau setempat kerja.
Mengapakah kita mahu orang lain jadi seperti kita? Mungkin sekali kerana cara yang kita temui itu telah menghasilkan yang terbaik dan paling berjaya, kita beranggapan bahawa cara itu juga paling bagus untuk semua orang. Dalam keghairahan agar orang lain menuruti formula kejayaan diri, kita memaksa orang lain turut mengikutinya. Akhirnya, apabila orang lain tidak mahu peduli, kita pula yang marah. Sedangkan marah kita itu tidak berasas kerana dia bukan kita.
Ada juga di antara kita yang menggunakan kedudukan sebagai ketua atau yang lebih berkelayakan untuk memaksa orang lain mengikuti cara kita. Tidak dinafikan, cara paksaan boleh menghasilkan kejayaan. Tetapi, mereka yang mematuhinya mungkin hanya akur kerana minda dan hati mereka terpasung. Apabila kita tiada, maka masing-masing akan ikut cara sendiri-sendiri.
Justeru itu, untuk apakah kita mahu orang lain menjadi seperti kita? Bukankah manusia itu diwujudkan dengan pelbagai perbezaannya? Alangkah bosannya kita jika kita semua berfikiran dan bertindak serupa. Kita bukannya robot. Sebaliknya kita adalah manusia yang punyai hati dan perasaan. Raikanlah perbezaan meskipun dalam pergeseran.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
No comments:
Post a Comment