IP

Saturday, October 2, 2010

Jangan jadi ‘Kera Sumbang’

Hanya dengan kombinasi yang seragam di sudut teknik dan masa memberi kayuhan yang terbaik. Ini akan menghasilkan tenaga yang optima bagi mendorongkan kepada kejayaan yang dihajati. Itulah apa yang boleh kita perkatakan di dalam sukan berkayak yang melibatkan beberapa peserta dalam satu pasukan. Perlu ada kerjasama berpasukan.

Itulah realiti dalam hidup ini tidak kira secara unit kecil mahupun organisasi yang besar. Kombinasi yang seragam dengan saling berkasih-sayang, teknik berkomunikasi yang baik dan memberi perhatian dan masa merupakan aspek penting dalam keharmonian hidup.

Persahabatan yang diperkuatkan dengan jalinan ukhuwah mempunyai kemanisan yang luar biasa.

Jangan menjadi 'kera sumbang' dengan mementingkan diri sendiri sahaja. Tidak boleh ditegur dan tidak suka orang lain mendapat kelebihan. Dengan menganggap yang lain tidak betul padahal diri sendiri tidak pula setara mana. Mereka ini selayaknya tinggal di hutan atau di gua-gua sahaja jika dituruti kehendak hati ini.

Mereka yang dalam golongan 'kera sumbang' ini perlu diberi sedikit pengajaran. Agar 'kesumbangan kekeraan' yang sedemikian dpt dikurangkan dan menyertai kembali kelompok masyarakat yang harmoni itu. Diri sendiri kena berubah kerana tu lebih afdal dan bukan sebab suruhan. Juga kena sedar siapa diri kita sebenarnya didalam masyrakat.

Budaya ziarah, bertanya khabar, memberi sesuatu samada kebendaan atau khidmat pertolongan adalah diantara ramuan baik untuk dibudayakan. Berlapang dadalah, jangan dikira, bangsa atau warna kulit. Semuanya berhak untuk disantuni dan menyantuni. Berhak disayangi dan menyayangi. InsyaAllah aman dan tenteram kehidupan ini.

'Syurga itu amat luas dan boleh dikongsi bersama.' Mengapa kita berhajat untuk menghuninya secara keseorangan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment