IP

Friday, September 17, 2010

1st day koje...


arini memula keje lepas lama bercuti raya. boring gak sebab member sebelah meja mc la plak. siap isnin cuti. dah kena amik alih baca pasal motivasi time assembly. pendek la plak dia nye karangan utk baca. nak kena ulas kasi panjang sikit, klu x rasanya 2 mins pun bule abis. baca je lah, kira apa. ada kepentingan ke? hahaha....

ari ni banyak melepak dari koje. lepas tgk system cam ok je, saya dok format pc saya. bawa balik kg time raya cam mengong plak jd nya. *.dll file byk yg corrupt. tah nape tah, repair pun x menjadi. restore pun out. geramnye pasal, format la apa lg n now dok install files. bule lah pelan2. cam hampeh pun ada rasa. dah la install windows 7, server plak 2003. x berapa nak matching. dah kena manual configure. haduiiiii... sakit je ati.

bila dipikirkan balik kan, dalam hidup kita ni pun, byk yg corrupt dah system. cara kita berpikir, cara kita react, cara kita bawa diri, cara kita berbicara, cara kita menangani masalah dan sebagainya. ianya akan membawa kepada sistem badan dan minda kita akan lumpuh pada sesuatu ketika. kena restructure balik hidup. cam wakeup call gitu. sebabnya, nak install senang, nak repair, troubleshoot tu yg payah sebab dah berserabut, dah bersawang, dah berselirat, tu belum dikira dengan system badan yg dah diupdate, di uninstall, di delete, mahupun di install ngan software baru dalam diri kita.

kita jarang wat backup diri kita. sebab selalunya kita bz. bila dihisab diri, byk yg garbage yg pada kita tu penting. yg important n urgent selalunya kita wat sambil lewa. tu yg jd sayu tuh. masa 24 yg di peruntukkan tidak di maksimumkan penggunaannya. byk yg kita lupa, byk yg kita buat x endah, byk yg kita tolak tepi. selalunya kita kejar kepada keseronokan diri, apa yg kita nak pada jam tu, jarang kita gunakan utk kegunaan akan datang. kekadang malas pikir atau pikir tiada kesudahan atau ahhh lantak lah, janji hepi atau kita choose to ignore.

sebenarnya... apa yg kita nak dalam hidup?


kenapa kita x kejar yg tu?

susah nak jawab..... setiap orang ada pandangan sendiri.... "tepuk dada tanya selera"....

No comments:

Post a Comment