IP

Wednesday, July 27, 2011

Senyumlah dikala duka

Senyumlah!


Meskipun dalam senyuman itu mungkin tersimpan kelukaan hati, tersorok kesakitan jiwa. Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakan dunia maka manusia akan berasa senang dan gembira. Begitu juga sebaliknya.


Inilah sikap manusia. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Berharaplah pada redha Allah semata-mata. Nescaya tak kecewa.


Tidak seperti manusia. Ada ketika ianya berlaku seperti melepaskan anjing yang tersepit. Akan tetapi, tidak perlulah bersedih mengenangkan peristiwa yang sudah lalu kerana angin pun akan terus berhembus ke depan dan air pun terus mengalir ke depan.


Jadi, lebih baik jika bersabar dan terus tabah. Pandanglah ke hadapan, usirkanlah kesedihan. Jangan bersedih, kerana kesedihan kamu terhadap musibah ini akan melahirkan pelbagai musibah lainnya. Bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kedukaan kamu itu?


Bersabarlah walaupun hatimu disakiti. Janganlah biarkan kegundahan yang disebabkan pandangan manusia kepada kita terus menyedihkan kita tetapi hakikat yang patut kita sedar pandangan Allah kepada kitalah yang perlu dan sangat kita gundahkan.


Merawat hati yang kecewa dek tingkah laku manusia hingga lupa ganjaran yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan membahagiakan. Kita diberi pelbagai kenikmatan, diberi oksigen untuk bernafas, diberi tubuh badan yang sihat, dianugerahi akal, senang cerita semua nikmat Allah bagi pada kita.


Tetapi kebanyakannya dosa, keingkaran dan kelalaian kepada dunia pula yang banyak kita balas kepada Allah. Selepas tu, kita kata pula kita hendak dan sangat menginginkan syurga-Nya.. Ya Allah, bila renung balik, malulah pada Allah. Malu semalu-malunya.


Sama-samalah kita muhasabah diri kita, yang baik kita tambah, yang tidak baik kita tolak. Moga Allah redha.......

No comments:

Post a Comment