Just got email from a friend. Buat pedoman.....
Semua orang inginkan rumahtangga yang bahagia jadi BERCAKAPLAH BENAR kerana bercakap benar adalah jalinan kasih yang menghubungkan kemesraan antara ahli keluarga di dalam rumahtangga. Suami dan isteri, kedua-duan ya berfungsi untuk saling bantu membantu dan tegur menegur pasangan masing2.
Percaya atau tidak, sikap suami / isteri yang gemar berbohong kepada pasangan masing2 bakal mengundang musibah kepada institusi perkahwinan. Masakan tidak, jika sekali mereka berbohong, mungkin perbuatan itu akan berulang dan mengundang keseronokan dalam jangka masa panjang.
Ketahuilah para ISTERI sekiranya anda bercakap benar, suami anda pun tidak akan berasa risau atau khuatir dengan pergaulan anda malah bertambah sayang.
Ketahuilah para SUAMI sekiranya anda bercakap benar, isteri anda tidak akan berasa risau atau khuatir dengan pergaulan anda.
Dalam rumah tangga, kebenaran atau bercakap benar PENTING untuk kerukunan, keselamatan dan kebahagiaan rumah tangga. Pepatah lama mengatakan - "Bercakap benarlah kamu, walaupun benar itu pahit, kerana kepahitan itu adalah penawar yang mujarab."
Pesanan sang Sufi :
Suatu hubungan itu akan berkekalan apabila salah satu pihak dari hubungan itu sanggup BERSABAR.
Pesanan orang bercinta :
Camne nak eja "C_NTA" kalau takde i. Camne nak eja "KAS_H" kalau takde i. Betapa "R_ND_" dan "H_D_P" seperti tak bermakna tanpa U disisi i. Sebab tu la dalam hati U kena sentiasa ada "i" supaya "i" tak hilang, kena la sayang "i" selalu.. =)
.... Sekadar renungan ....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
No comments:
Post a Comment