IP

Saturday, July 2, 2011

Adakah anda mencintainya?

Seorang pencinta akan taat pada kekasihnya. Seorang gadis yang mencintai arjunanya akan sanggup berbuat apa-apa sahaja demi arjunanya yang tercinta.

Begitu juga seorang ibu yang mencintai anak-anaknya pasti akan sanggup berkorban apa sahaja bahkan nyawanya sendiri demi kebahagiaan anak-anaknya.

Apakah itu cinta? Cinta adalah pautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dan dapat membahagiakan jiwa seseorang serta akan membina satu pautan yang kukuh.

Jika pautan itu sangat kuat, maka ia dinamakan rindu, rindu inilah yang menjadikan seseorang ibarat hamba kepada kekasihnya.

Sudah adakah tanda-tanda cinta itu dalam dirimu? Jika ada, pada siapa ya cinta dan rindumu itu? Pada kekasih yang jauh dimatakah? Ataupun pada arjuna yang setia menanti di hadapan mata?

Mungkin juga pada keluarga yang tercinta?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment