IP

Tuesday, June 14, 2011

Simpan amarah itu

Marah di dalam hati, marahlah semahunya. Kadangkala tidak mampu diungkapkan dengan kata. Bukan mudah untuk meluahkan rasa kerana terlalu ingin menjaga hati.

Mungkin ramai yang sudah terbiasa memendam perasaan. Selalunya, ramai yang lebih rela memendamkannya jauh ke dalam hati dari menimbulkan pertelingkahan dengan insan yang disayangi.

Dalam menghentikan rasa amarah ini, aku terfikir sejenak, tidakkah perbuatan memendam rasa ini akan menjadi dendam?

Apakah tidak boleh marah?
Apakah maksudnya marah itu?

Kekadang keliru sendiri. Mengapa kita harus ada perasaan marah itu? Alangkah bahagianya jika tiada perasaan itu. Apakah lengkap diri kita tanpa ada perasaan marah?

Adakah dunia ini akan jadi aman tanpa perasaan marah? Aku pun tertanya sendiri.

Bila diamati semula, selalunya punca pertelingkahan atas sebab yang agak remeh temeh. Tapi entah bagaimana seperti ditiupkan lagi api kemarahan ini apabila kita saling ego dan tidak mahu mengalah dengan menuding jari tentang siapa salah.

Tapi ada waktunya, perasaan insan lemah dan tidak berdaya akan sentiasa berubah-ubah.

Setelah agak lama akhirnya aku mendapat kesimpulannya. Kita harus bijak mengawal emosi marah, biarkan akal menjadi juri. Marah yang tidak terkawal bisa membinasakan diri sendiri dan membawa kepada kehancuran.

Itulah akibatnya jika kita tidak mendahulukan sifat sabar. Kita tidak akan rugi jika menahan rasa marah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment