Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)
Sememangnya cinta itu sering kali dikaitkan dengan keindahan, dan sering sahaja mengundang senyuman. Ada yang sanggup memperjuangkan cinta sehingga sanggup pula melepaskan yang dimiliki demi mengejar cinta.
Bukan salah cinta itu hadir dalam diri setiap manusia. Tetapi salah manusia yang tidak pandai, tidak cekap menguruskan perasaan cinta yang hadir.
Sekadar renungan.....
Mana mungkin rasa cinta ini, ku curahkan untuk insan yang telah lupa, Lupa pada cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin rasa cinta ini, ku serahkan kepada insan yang kedekut, Kedekut untuk mengucapkan ayat-ayat cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin cinta ini, ku amanahkan buat seorang lelaki yang culas, Culas dalam melaksanakan amanah pemilik cinta,
Mana mungkin ku merasa bahagia, Jika aku menjulang-julang peminjam cinta, Tapi mengetepikan pemilik cinta.
Sekian....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
No comments:
Post a Comment