IP

Thursday, October 14, 2010

Doa sebuah pencarian

Alhamdulillah
fajar sekali ini
aku teruskan perjalanan
dengan makna berbeza
dengan azam nan teguh
setelah aku bertanyakan diri
apakah yang dicari?
syurga di maya fana
atau syurga persada abadi

tatkala Malaikat melaknati
tatkala Ilahi memurkai
langkahku diberati dosa
bahasaku dibebani noda
hayatku dipenuhi goda
hidupku dibayangi derita

hanya Dia
layak aku mengadu
hanya Dia
ku letak harapan
hanya Dia
mengenali zarahku

hanya Dia Penciptaku
mengurniakan padaku
mengembalikan hakku
mengurangi kelebihanku
mengimbangi kelemahanku
kerana Dia Maha Mengetahui
semalam, kini dan hari mendatang

aku merenung ke dalam diri
adanya rahmat Ilahi
adanya ruang bisikan Iblis

aku bersyukur
hayat yang masih ada
insaf yang belum terlewat
ampun yang boleh diraih
kasih yang mengelilingiku

tak mungkin aku sedar
tanpamu di sisi
menatangku senantiasa
memayungi sebolehnya
melindungi aibku
menyayangiku penuh rela
mengecam rintangan buatku

Insya-Allah
fajar esok dan seterusnya
perjalanan dimuliakan
jika harapan kita
redha dan syurgaNya

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment