pandanganmu
adakah dapat melerai kekalutan jiwaku?
adakah rahmat melewati hidupku?
adakah kebetulan menyinari hariku?
adakah kepastian buatku?
pandanganmu
tiada dapat ku huraikan
tanpa noktah persoalan
tiada ku tahu kebenaran
tanpa jua jawapan
pandanganmu
samakah dengan nuranimu?
samakah dengan lafazmu?
samakah dengan jasadmu?
samakah dengan akalmu?
pandanganmu
menguji diri
mengubah ikatan
melakar ilham
memintas masa
pandanganmu
apakah suatu petanda?
apakah sebuah impian?
apakah suatu harapan?
apakah sebuah cinta?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
huh? tak paham....
ReplyDelete