IP

Saturday, August 14, 2010

Cerita pagi sabtu...

Td x sedar sahur. Now bebudak yg besar dh dok cite letih, penat, lapa. Nak berbuka la tuh. Sy wat diam hehe. Now dok main2 cam lupa dh tu. Pagi masih ada energy, petang nnti x tau lah. Rasanya masuk kul 1 mau melepek n merengek nak buka.

Sy cam biasa lah, keje wkend, sidai baju, basuh kasut n now baru abis kemas umah. Lepak jap. Penat. Layan ada yg wat hwork, kaler2, main2. Terhibur, terasa penat ilang. Besar dh mereka. Rasa baru je dia org lahir. So fast. Masa yg ada nak tgk mereka pun wkend je. Wkdays, kejap sgt. Silap2 balik mereka dh tido. Tu belum wkend kena keje. Maaf anak2 ku...

Now dok pikir2, layan hati dan perasaan. Terkenang apa yg terjadi dlm hidup. Dr dulu smpi now. Dh 7 tahun kat hymm. Paling lama. Dpt offer tempat lain pun x berapa menarik. Tahan dulu lah. Byk yg sy pelajari masa kat sini. Ianya mmg membentuk peribadi sy. Belajar pasal apa itu susah senang, apa itu kasih sayang, apa itu teman, sahabat atau kawan, apa itu berkongsi dan bertolak ansur, apa itu belajar utk hidup sendiri dan sebagainya.

Byk yg jd cikgu sy, bos, rakan, teman, anak buah, google, knowledgebase hingga makcik kantin pun mengajar sy utk sy jd seperti sekarang. Terima kasih utk didikan kalian. Sebab anda, sy menjadi org. Terhutang budi. Sy membentuk keperibadian sy hasil tunjuk anda kalian. Bangga ngan apa yg terhasil.

Ada yg datang dan pergi dari diri sy. Terasa pedih dgn kehilangan disaat sy masih memerlukan tetapi sy x berupaya menghalang. Kalian ada sebab mengapa tindakan diambil walaupun pada sy tindakan yg dilakukan tidak logik dimata saya. Sy kena terima dan adjust hidup sy. Susah mmg susah. Suka atau tidak, sy kena hadapi. "Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari". Ianya melibatkan hati dan perasaan. Pelik tp benar.

Byk yg sy pelajari. Ianya cukup bermakna bagi sy. Bekalan atau pengalaman ini mendewasakan sy. Mematangkan pemikiran sy. Yg penting kita kena bersederhana, jgn melampau atau over. Berilah apa yg kita ada tanpa minta balasan. Hargai apa yg ada dan jgn tamak nanti "yg dikejar x dpt, yg dikendong berciciran". Kita hidup bermasyarakat kena berkongsi. Tu antaranya...

Makin putih la rambut sy hehe.

Sent via BlackBerry Smartphone

Debriefing...

Lately selalu rasa diri x dihargai. Mungkin perasaan sy saja kot. Terasa sedih bila usaha, niat dan perbuatan kita x dipedulikan. Rasa kecik je.

Terasa gak rendah diri. Bila org wat dunno je. Bila diperlukan baru dicari, diconsult, di tagih khidmat, selepas tu dibiarkan terkapai2 keseorangan. Cam abis madu sepah dibuang.

Tapi tu lah. Senang kesian dan kasihan melihat rupa kepada yg memerlukan. Membuatkan hati ini senang memaafkan, menolong tanpa meminta balasan. Mungkin itu yg tuhan jadikan sy kot. Berkhidmat dan berbakti.

Mungkin tuhan nak ckp "adalah bahagian mu nanti. Sabar". Sy selalu pegang kata2 teman sy "biar org wat kita, jgn kita wat org" "keje kena ikhlas. Jgn harap balasan. Balasan dtg mungkin bukan dlm bentuk wang ringgit". Saya amalkan itu.

Walaupun kekadang hati kata PM tp sy x smpi hati. Sy masih berkhidmat pada org2 yg berpelakuan sedemikian. Sbb sy pikir ilmu, kudrat dan kesenangan yg sy ada patut dikongsi bersama. Dikongsi kepada yg masih mempercayai sy.

Adakah sy lemah?

Adakah sy lampi?

Adakah sy x belajar2?

Tiada jwpan utk itu... cuma rasa lega... thks ekspresi kerana sudi mendengar luahan rasa sy...

Sigh.......

Sent via BlackBerry Smartphone

Friday, August 13, 2010

Kata-kata Ibnu Qayyim

Kata-kata Ibnu Qayyim ada 10 Jenis Tangisan, iaitu:

1) Menangis kerana kasih sayang kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti air sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti dan kalaulah air mata itu di tampung maka banjirlah dunia ini.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka. Rasulullah saw bersabda : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Oleh itu, simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Cerita saya...

Hidup sy penuh cerita kebelakangan ini. Ada bermacam kisah. Berbagai ragam. Ada suka ada duka. Ada pahit ada manis. Mencorakkan hidup sy.

Ia membentuk sy utk menjadi manusia. Manusia yg berpikiran waras, bertolak ansur, menghormati selain sy, menerima yg lain seadanya. Menyedarkan sy yg sy bukan sempurna.

Ada ketika sy dibawah, ada ketika sy diatas. Sy mensyukuri nikmat itu sbb ada yg masih lg sudi membantu utk melapangkan pemikiran sy. Membantu sy utk berpikir, menganalisa, mencari jawapan dsb. Membuatkan sy terpikir yg beruntungnya sy dikelilingi oleh yg perihatin.

Sy harap dpt memberi kembali apa yg sy dpt. Membantu kepada yg memerlukan. Mendidik kepada yg mengkehendaki. Berkongsi kepada yg menginginkan.

Yg pasti, sokongan dan dorongan yg sy dpt selama ini, perhatian yg sy terima, tunjuk ajar yg sy dpt dll menjadikan sy seperti yg di paparkan oleh sy.

Ianya adalah ekspesi sy yg masih mencari jwpan, memerlukan dorongan dan sokongan, perhatian dan tunjuk ajar dlm melayari kehidupan ini.

Terima kasih kepada yg telah bersusah payah utk sy...

Sent via BlackBerry Smartphone

Thursday, August 12, 2010

Tah lah...

For the last few days, I've been in an unusual manner. Tajuk pelik2, isi pelik2, cerita pelik2. Sy sendiri baca pun rasa pelik.

Niat sy cuma 1 je dan yg 1 itu telah sy terangkan, telah sy sampaikan, telah sy sajikan. Sy rasa penerangan sy cukup jelas dan terang.

Sy rasa cukuplah. Sy pun sudah dpt jawapan yg sy rasa cukup jelas dan terang. Yang mana penerangan itu menyedarkan saya peripentingnya sy dlm kehidupannya.

Sy doakan beliau makin bahagia, makin gembira. Makin dirahmati olehNYA.

Sy? Sy mcm dulu. Hidup kena terus. Susah senang kena harungi. Harap jiwa sy kental utk menempuhi hari2 yg mendatang.

Sent via BlackBerry Smartphone

Keputusan

Keputusan masa marah...
Keputusan masa gembira...
Keputusan masa sedih...
Keputusan sementara...
Keputusan tetap...
Keputusan penuh pengharapan...
Keputusan mengundurkan diri...
Keputusan pilihan kawan atau kekasih...
Keputusan pilihan antara hati dan akal...
Keputusan pilihan internal dan external factor...
Keputusan x apa...
Keputusan menggunakan akal...
Keputusan menggunakan nafsu...

Senarai diatas adalah antara yg sy terpikir apabila membuat keputusan. Byk lagi yg sy mungkin lupa keadaan2 yg mana keputusan perlu dibuat. Setiap keputusan yg dibuat adalah untuk mengelakkan salah faham, yg hak dan yg bathil, yg patut dan yg x patut, yg putih dan yg hitam dsb supaya tiada yg kelabu atau kekeliruan dlm menetapkan hala tuju hidup.

Apa2 pun keputusan yg dibuat, kita kena tanggung kerana manusia dipegang pada kata, janji, pengakuan dsb. Sepatutnya setiap keputusan yg akan dibuat perlu diperhalusi utk mengelakkan kekeliruan atau menghantui kita dikemudian hari terutama keputusan yg melibatkan hati dan perasaan.

Preventive measure adalah lagi baik dari troubleshooting measure kerana memperbaiki keadaan adalah amat meletihkan dan memenatkan. Ianya juga melibatkan believe and trust satu pihak kepada pihak yang lain. Ianya juga bule diertikan sebagai amanah yg perlu dipegang dan dibawa kemana2. Jgn dirosakkan oleh salah membuat keputusan.

Setiap patah perkataan yg keluar dari mulut kita adalah satu ikatan kerana "Terlajak perahu bule diundur, terlajak kata buruk padahnya". Byk keadaan yg mana kita ingin sgt nak tarik balik apa yg kita lafazkan. Rasa menyesal menyebabkan ada ketika disebabkan kita salah langkah. Ada ketika kita mengakui kesalahan kita dan membetulkan kembali, ada ketika apabila ego, malu dsb menguasai diri, kita hanyut dgn keputusan yg dibuat. Membuatkan kita lagi jauh dari keluarga, kwn2, sedara mara, yg pernah bertahta dihati dsb.

Ada ketika sangat sukar untuk membuat sesuatu keputusan. Ianya seperti "diluah mati mak, ditelan mati bapak". Keputusan yg akan dibuat selalunya membuatkan kita keliru, x yakin, ragu2 dsb. Akan ada what if.. dlm diri. Pendirian tidak tetap. Ini yg dipanggil lalang.

Walaubagaimanapun keputusan kena buat. Suka atau tidak. Dari sekecil2 hingga keputusan antara hidup dan mati. Jikalau sukar, rujuklah kepada maha pencipta, org berilmu, rakan2 yg rapat dan boleh diercayai. Beristighafar dan berpikiran dgn waras dan matang.

Yakinlah dgn setiap keputusan yg kita buat kerana ianya mencerminkan diri kita....

Sent via BlackBerry Smartphone

Wednesday, August 11, 2010

Memoir 1st day posa

Pagi td semasa sahur sume yg besar bgn nak sahur. Abg ngan aida je syok tido. Along n angah semangat berkobar2 nak posa. Rasa terhibur dgn semangat mereka. Camni kot rasa mak ayah bila kami sume adik beradik bgn sahur masa kecik2 dulu.

Lepas sahur, sy buka fb tgk kot2 ada cerita yg best ke utk dibaca. Sambil scrolling kat BB, sy mendapat msg dr rakan lama bertanya khabar pasal posa, catch up few things dan told me that dia rasa tersentuh jiwa bila baca pasal victor lazlo di dairi sy. Apa sy bule kata kat dia, itu luahan apa yg ada didalam diri yg semacam menerangkan perjalanan hidup sy. Susah senang dsb.

Smpi kat opis, dikejutkan dgn panggilan oleh HR berkenaan dgn ada manusia komen pasal aktiviti syarikat (CR) kat laman sosial. Teringat suatu masa dahulu ada manusia yg post video kat youtube. Me just cite on IT point of view. Bab lain PM hehe. Mmg lawak la kes ni. Kes ni adalah dari kes lama. Ketidakpuasan hati tu je. Dh berakar umbi. Tah apa2.

Selepas tu sambung wat keje biasa. Migrate sana migrate sini. Td abis kat QA and store. Letih gak. Pastu sy dpt solvekan outstanding kes pasal officestation. Kesian maintenance jd bahan ujikaji. Nasib menjadi. So lepas ni bule apply ke tempat lain. Alhamdulillah. Berkat posa kot. Lega sgt.

Dlm masa yg sama, sy terpikir dan terkenang ngan apa yg berlaku for the past weeks. Its tough. Kenapa sy camni? Kenapa sy terlalu vocal? Kenapa sy cam memaksa? Xpenah sy camni sepanjang sy kenal dia. Sy telah buat kawan sy serba salah. X patut sy begitu. Sy rasa amat bersalah. Kesian dia. Terbaca coretan dia. Terasa sedih. Paham apa yg di utarakan. Maaf dari saya.

Now dh nak berbuka. Sy doakan beliau berbuka bersama keluarga. semoga beliau dirahmati dan dilindungi olehnya.

Selamat berbuka....

Sent via BlackBerry Smartphone

adakah kita sedar?

Kengkawan email puisi ni. Layan je lah. Balik-balik kutuk mat taman. Ceh! Cam la dia kenal. Lama dah x jumpa. How is she now? Kinda miss the good old days. Tetiba hantar email gini. Sambut puasa kot.

But, bila baca dan amati, somehow puisi ni kinda touch my heart...


adakah kita sedar???
waktu kecil kita lg hebat kekuatan jiwa berbanding saat kita dewasa..
saat berumur setahun,waktu kita blajar untuk langkah pertama…
jatuh, bangun lagi, jatuh, bangun lagi.. dan seterusnya..
hingga saat ini kita sudah pandai berjalan…
tidak pernah kenal erti lelah..

adakah kita sedar???
kita adalah manusia yg naif??
kita seringkali terlupa.. seringkali alpa..
seringkali menghargai setelah ianya pergi..
seringkali melupakan saat ia ada..
seringkali mengabaikan saat ia perlukan..
seringkali menyesali setelah semuanya terjadi..

adakah kita sedar???
seringkali inginkan kesempurnaan walaupun kita tidak sempurna..
seringkali inginkan yg terbaik walaupun kita bukan yg terbaik..
seringkali ingin menyalahkan walaupun kita banyak salah..
seringkali ingin menyayangi walaupun diri tidak disayangi…

adakah kita sedar??
kita hanyalah ibarat seekor semut yang dilihat dari puncak klcc??
nampak ke?? x nampak kan..
betapa kerdilnya kita…
namun seringkali kita merasakan kita kuat, hebat..

adakah kita sedar??
lebih baik kita kehilangan ego kerana yang tersayang..
daripada hilang yg tersayang kerana ego..

adakah kita sedar??
lebih baik menyayangi dan menghargai saat dia ada
daripada menyesali setelah ia pergi…

namun..

adakah kamu sedar??
cinta itu sentiasa ada buatmu..
maaf itu sentiasa ada buatmu..
sayang itu sentiasa ada buatmu..
rindu itu sentiasa ada buatmu..
tangisan itu sentiasa ada buatmu..
derita itu sentiasa ada keranamu..

namun..

sememangnya kamu tidak sedar
akan tiba waktu.. cinta, rindu, sayang, tangisan, derita, maaf itu tiada lagi buatmu..
saat itu usah bertanya kenapa, mengapa, bagaimana, siapa dan apa..
kerana semua itu telah lenyap di telan waktu..
kerana semua itu sudah hilang dari jiwa..

saat itu usah merayu.. usah ditangisi sebuah kehilangan…
cukuplah kau jadikan ia kenangan terindah..
kerana kau pernah melepaskannya saat ia perlukan kamu…

jangan jadi insan yg terlewat utk menyedari cinta itu..
jangan jadi insan yg terlewat utk menyelamatkan cinta..
jangan jadi insan yg terlewat utk bertindak..
jangan jadi insan yg terlewat utk memohon maaf..

kerana dalam hidup .. peluang kedua itu jarang sekali ada…

Sent via BlackBerry Smartphone

Tuesday, August 10, 2010

Stories

I received this video from my friend who said "hati lu penuh taman bro. lu tgk video ni. Ni cerita lu bro hahaa.." Hantunye kawan. Best gak video ni. So, here i share with whoever read my blog...

xdpt plak nak upload video. xpelah. saya share the linkage to youtube...


http://www.youtube.com/watch?v=zjwPyA9jKvQ

Monday, August 9, 2010

You are not alone...

"... But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone ..."

Bila teringat bait2 lagu MJ ni, terasa sunyi seketika. Terasa tiada tempat mengadu. Keseorangan. Walaupun kehidupan makin menghimpit rasa, berbagai pengalaman yang telah dilalui dan ianya menjadikan kita semakin matang. Kematangan ini harus dimanfaatkan dan dijadikan panduan atau landasan hidup yang semakin singkat ini.

Walau macam mana kuatnya kita menghadapi dugaan hidup, ada ketika kita rasa keletihan, kehampaan, kepenatan, ketakutan dan sebagainya. Dimasa itu, kita akan mencari sahabat untuk mencurah rasa, mencari pedoman, meminta simpati atau apa yg terlintas dikepala. Sahabat yang sejati akan sentiasa membuatkan kita merasakan selamat apabila bersamanya. Kehangatannya dapat mencairkan kedinginan dan kebuntuan masalah kita. Jangan merasa rendah diri untuk meminta pertolongannya, pasti dia akan membantu dan menyimpan segala aib kita.

Ingat hidup tidak selalu di atas mungkin ada kalanya pula di bawah dan memerlukan pertolongan. Lumrah kehidupan kita saling memerlukan kerana hidup ini tidak mungkin keseorangan. Ianya tidak akan lengkap. Tabiat alam juga begitu. Saling bergantungan di antara satu sama lain. Sikap kita adalah dari pantulan sikap sahabat kita. Maka carilah sahabat yang dpt memberi jiwa kita ketenangan dan kebahagian kerana itu akan mendekatkan diri kita kepada sang pencipta.

Jangan segan apabila memerlukan tangan untuk digandingkan dan dihulurkan bantuan, bahu untuk memikul dan direhatkan masalah, wang ringgit untuk dipinjam atau diberikan terus atau mungkin ke tahap nyawa untuk mempertahankan yang hak di kala kecemasan atau darurat.

Sent via BlackBerry Smartphone