IP

Wednesday, August 11, 2010

adakah kita sedar?

Kengkawan email puisi ni. Layan je lah. Balik-balik kutuk mat taman. Ceh! Cam la dia kenal. Lama dah x jumpa. How is she now? Kinda miss the good old days. Tetiba hantar email gini. Sambut puasa kot.

But, bila baca dan amati, somehow puisi ni kinda touch my heart...


adakah kita sedar???
waktu kecil kita lg hebat kekuatan jiwa berbanding saat kita dewasa..
saat berumur setahun,waktu kita blajar untuk langkah pertama…
jatuh, bangun lagi, jatuh, bangun lagi.. dan seterusnya..
hingga saat ini kita sudah pandai berjalan…
tidak pernah kenal erti lelah..

adakah kita sedar???
kita adalah manusia yg naif??
kita seringkali terlupa.. seringkali alpa..
seringkali menghargai setelah ianya pergi..
seringkali melupakan saat ia ada..
seringkali mengabaikan saat ia perlukan..
seringkali menyesali setelah semuanya terjadi..

adakah kita sedar???
seringkali inginkan kesempurnaan walaupun kita tidak sempurna..
seringkali inginkan yg terbaik walaupun kita bukan yg terbaik..
seringkali ingin menyalahkan walaupun kita banyak salah..
seringkali ingin menyayangi walaupun diri tidak disayangi…

adakah kita sedar??
kita hanyalah ibarat seekor semut yang dilihat dari puncak klcc??
nampak ke?? x nampak kan..
betapa kerdilnya kita…
namun seringkali kita merasakan kita kuat, hebat..

adakah kita sedar??
lebih baik kita kehilangan ego kerana yang tersayang..
daripada hilang yg tersayang kerana ego..

adakah kita sedar??
lebih baik menyayangi dan menghargai saat dia ada
daripada menyesali setelah ia pergi…

namun..

adakah kamu sedar??
cinta itu sentiasa ada buatmu..
maaf itu sentiasa ada buatmu..
sayang itu sentiasa ada buatmu..
rindu itu sentiasa ada buatmu..
tangisan itu sentiasa ada buatmu..
derita itu sentiasa ada keranamu..

namun..

sememangnya kamu tidak sedar
akan tiba waktu.. cinta, rindu, sayang, tangisan, derita, maaf itu tiada lagi buatmu..
saat itu usah bertanya kenapa, mengapa, bagaimana, siapa dan apa..
kerana semua itu telah lenyap di telan waktu..
kerana semua itu sudah hilang dari jiwa..

saat itu usah merayu.. usah ditangisi sebuah kehilangan…
cukuplah kau jadikan ia kenangan terindah..
kerana kau pernah melepaskannya saat ia perlukan kamu…

jangan jadi insan yg terlewat utk menyedari cinta itu..
jangan jadi insan yg terlewat utk menyelamatkan cinta..
jangan jadi insan yg terlewat utk bertindak..
jangan jadi insan yg terlewat utk memohon maaf..

kerana dalam hidup .. peluang kedua itu jarang sekali ada…

Sent via BlackBerry Smartphone

No comments:

Post a Comment