.... part II
Manusia umpama nakhoda yang belayar di
lautan. Sebagai nakhoda kita punya arah dan destinasi tersendiri. Tetapi tiupan
angin, pukulan gelombang dan cuaca tidak selalunya menyebelahi kita. Kita akan
tersasar dari destinasi jika menurut sahaja tiupan angin.
Sebaliknya kita akan patah, jika terus
berkeras menentang tiupannya. Jadi, apakah kita menjadi 'Pak Turut' yang
terpesong tanpa prinsip dan haluan? Atau bersikap keras, rigid dan akhirnya
patah kerana kedegilan melawan gelombang?
Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, "we can't direct
the wind but we can adjust our sail." Ertinya,
walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita
diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita. Inilah kelebihan manusia,
sebagai khalifah.
Ramai manusia yang tidak suka berubah. Ada yang bersikap selamba dengan
apa yang berlaku pada diri dan sekeliling mereka. Mengapa?
Sebab perubahan menagih kesusahan. Orang yang berhijrah terpaksa meninggalkan
zon keselesaan.
Pelajaran dalam hidup datang bersama tuntutan
perubahan. Selalunya kita mengharapkan keadaan, individu lain dan peristiwa
berubah barulah kita mahu dan mampu berubah. Sedangkan kita mesti berubah dulu,
barulah keadaan, peristiwa dan individu lain berubah akibat perubahan kita.
Ingatlah, setiap kali sesuatu menimpa kita
adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Jangan kita ada sikap bertangguh supaya
kita tidak diburu penyesalan apabila tempoh pengajian tamat.
End.
Note:
I'm sorry mr editor. i can't remember where i got your writing but it is very good writing. i'm simplified the text for my own understanding and for the people who read my blog.
No comments:
Post a Comment