IP

Saturday, January 7, 2012

Renungan : Tenangkan Hati

Mengapa setelah berzikir, solat atau berdoa hati belum tenang? Sedangkan Allah telah menetapkan bahawa dengan mengingatiNYA hati akan menjadi tenang? Khususnya ketika menghadapi ujian mengapa hati kita masih resah, kacau dan galau walaupun sudah berbuih mulut meluahkan kalimah zikir?

Justeru, ramai yang mengadu, mengapa hati mereka tidak tenang walaupun telah berzikir ketika menghadapi krisis, ujian dan kesusahan dalam hidup?

Mengapa kita belum mendapat ketenangan walaupun kita telah berzikir dengan kalimah 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar'?

Apa yang tidak kena dengan zikir kita? Bukankah kalimahnya sama? Bukankah jumlah atau bilangannya sama?

Adakah kita tidak yakin denganNYA apabila diuji?

Mana mungkin kita dapat mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.

"We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita."

Kemudi dalam diri ialah hati. Hati yang bersifat berbolak-balik hanya akan tenang apabila kita meyakini sifat kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya tetap bersama kita sewaktu diuji.

Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan buruk. Walaupun kadang-kala kita belum nampak kebaikannya, percayalah kebaikannya pasti ada.

Kita dituntut untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa, namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baiklah kepada Allah, berdasarkan

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan?

Maka dengan ujian inilah kita akan meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah.


Sent from U Mobile

No comments:

Post a Comment