Tetapi... kenapa hati kita tak gembira?
Kita sembahyang. Kita berdoa. Kita mintak denganNya. Tetapi kenapa susah sangat doa kita nak makbul?
Apa masalah kita?
Hati kita tidak gembira sebab kita kurang bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita kurang menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat di sekeliling kita.
Kita berdoa, tetapi kenapa susah dimakbulkan?
Sebab kita asyik meminta tetapi kita kurang mintak ampun, walhal dosa-dosa kita terlampau banyak. Alangkah tidak malunya kita.
Kita merintih, kita merayu agar dimakbulkan. Tetapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa padaNYA, kita tidak bersyukur. Apabila datang kesusahan, baru ingat balik. Baru nak menangis, merintih, mintak Allah pandang kita. Macam mana nak makbul doa kita?
Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la...
Pernah kita bangun malam, solat sunat? Solat tahajud? Solat taubat? Pernah?
Ada, mungkin ada, tapi dulu, waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu... ada? Ada, time dah nak exam, waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm... entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tetapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan itu? Hati kita tetap juga tak tenang. Kenapa ye?
Sebab dalam hati kita kurang ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang?
Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan itu dekat kita.
Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.
Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita. Bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa boleh tarik balik. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Tenanglah dikau, wahai hati...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment