IP

Saturday, August 20, 2011

Semangat yang makin pudar

Saya akui saya tertekan sekarang dengan pelbagai perkara yang sememangnya sangat mengganggu aturan seharian saya. Namun, saya cuba untuk tidak mengeluh kerana saya tahu semua ini diturunkan kerana saya layak dan mampu untuk menanggung.

Saya terkadang letih untuk terus menahan perasaan tanpa membuka mulut bercerita. Terasa membengkak di dalam dada ini dan hanya tunggu masa untuk meletup tetapi saya cuba untuk tidak mengeluh dengan ujian yang diberikan.

Hanya saya dan DIA yang tahu apa yang saya rasai dan alami. Kawan-kawan mungkin ada yang tahu.

Namun saya bersyukur kerana meskipun saya sedih dan tertekan, DIA masih meminjamkan kewarasan untuk mencari jalan ketenangan meskipun penyelesaiannya masih kabur, namun saya yakin ianya pasti ada!

Saya bukan seorang yang gagah perkasa namun saya pula tidaklah mudah dikecewakan. Walau apa yang terjadi, pastikan kita jangan lupa untuk menyebut dan memohon pertolongan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment