Keinsafan,
Perasaan nan halus datang membelai jiwa,
Ia seperti hujung jarum yang menikam lembut naluri manusia,
Memberi ketenangan kepada insan luhur dek dosa,
Memberi jalan kehidupan sebenar kepada pendosa.
Keinsafan,
Kehidupan dalam kegelapan masih boleh diterangi cahaya Ilahi,
Umpama layar perahu yang masih boleh dibaiki,
Begitulah kehidupan manusia apabila datangnya keinsafan diri,
Cerah cahaya llahi menyinari hati nurani,
Gerbang hati si pendosa terbuka dengan sendiri,
Menerima keinsafan dengan setulus hati nan suci.
Keinsafan,
Dicipta untuk manusia yang dalam kesesatan,
Disedarkan dengan sentuhan naluri perasaan,
Lalu ku tinggalkan segala kejahatan semalam,
Ku lontarkan jauh kenangan nan silam,
Ku buang segala perbuatan kejam yang pernah ku lakukan.
Keinsafan,
Memberiku jalan kedamaian dalam kehidupan,
Ku tadahkan kedua tangan memohon keampunan,
Titisan butir mutiara jatuh berkejaran mengaburi pandangan,
Kedamaian menguasai diriku sekarang,
Terima kasih ku ucap kepada Mu Tuhan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
No comments:
Post a Comment