IP

Monday, March 28, 2011

Persepsi

Kita selalu membuat kesilapan bahawa cara pasangan kita berfikir, bertindak adalah sama seperti kita. Kita menyangka bahawa cara mereka bercinta adalah sama
seperti kita bercinta. Kesannya, apabila pasangan kita melakukan sesuatu tabiat yang berlainan dengan tabiat 'normal', membuatkan kita berfikir bahawa terdapatnya masalah dalam hubungan itu. Sebenarnya adalah tidak!

Bahasa cinta Zuhrah adalah tidak sama dengan Marikh. Marikh merupakan seorang yang suka menyendiri apabila terdapat masalah. Apa yang diperlukannya adalah ruang untuk berfikir sebelum kembali kepada Zuhrah. Zuhrah mahu ada orang di sisi untuk membelainya dalam proses memenuhi emosinya.

Tetapi, disebabkan kegagalan untuk memahami bahasa cinta yang berlainan, mencetuskan konflik. Marikh sentiasa menyalahkan Zuhrah kerana tidak memberi ruang padanya. Zuhrah pula menyalahi Marikh kerana Marikh sering tidak ada dan meminggirkannya. Pergaduhan berlaku dan akhirnya berlaku kes lebih teruk lagi iaitu perpisahan. Hal ini gara-gara Zuhrah dan Marikh lupa pada asal usul pasangan dan diri mereka. Mereka menganggap diri mereka adalah sama tetapi sebenarnya berbeza disebabkan datang daripada latarbelakang kehidupan yang berlainan.

Kesimpulannya, jangan dilupakan perbezaan yang ada pada diri. Kita adalah unik dan sudah tentu cara pemikiran adalah berbeza. Namun begitu, ianya dapat difahami dengan memahami bahasa cinta pasangan. Satu nasihat adalah sentiasa mengingati kita adalah berbeza.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment