IP

Monday, August 9, 2010

Kembalilah

Terasa masa begitu pantas berlalu, meninggalkan seribu macam kenangan. Apa yg ditakdirkan, apa yg di qada' dan qadarkan adalah sebagai pengajaran dariNYA. Apakah kita akan belajar? Apakah kita akan masih mengharap? Apakah kita akan berusaha memperbaiki? Semua soalan berlegar dipikiran. Mencari jawapan...

Org tua2 ada berpesan "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis". Jarang sgt kita ingat pesanan ini kerana selalunya berpikiran "ahhh x mungkin aku yg kena. Xde apa2 pun berlaku." Pesanan yg diberi, ingatan yg diluahkan, peringatan yg dilontarkan semacam satu ancaman atau perosak kepada kesinambungan yg ada. Mungkin saat itu adalah kegemilangan dlm hidup maka kita seakan menutup faktor luaran yg sahih yg mungkin boleh dijadikan pedoman.

Bila sudah terkena, keluarlah perumpamaan, "sudah terantuk baru terngadah". Maka berlaku flashback diminda. Teringat kata2 dulu. Mungkin menyesal? Mungkin memikirkan "alang2 menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan" "alang2 mandi biar basah". Jgn sbb ego atau malu membuatkan kita makin menjauh. Mengenal diri, mengenal keupayaan diri, mengenal kekuatan dan kelemahan diri, mengenal siapa kita tu lagi afdal dari melarikan dari tujuan hidup atau kita melakonkan watak2 yg pada pemikiran kita tu yg public nak tgk.

Adakah kita jujur dgn hati kita?

Adakah kita jujur dgn keluarga kita?

Adakah kita jujur dgn kawan yg masih setia?

Adakah kita jujur dgn Sang Pencipta?

Kembalilah....

Itu pintaku....

Sent via BlackBerry Smartphone

Sunday, August 8, 2010

Forgive and learn

Td dok bersms ngan kekawan terkeluar topik forgive and forget. Siap kupas mengupas topik ni and berdiskusi. Saya berkeras mengatakan forgive and learn lagi appropriate. Panjang cerita kami td. Abis gak la duit bersms hehe....

Kupasan yg saya dpt....

Kita biasa dengar orang berkata "Forgive and Forget". Sebab banyak perkara yang kalau kita terlalu ingatkan, boleh menambah faktor dis-ease dalam badan, lepas tu lama-lama boleh bertukar jadi disease. Disease ni kalau x dikeluarkan bule membuatkan kita jadi serabut, huru hara, kacau bilau dan bermacam lg.

Tetapi sebenarnya saya rasa, kita kalau forget, ia akan datang kembali dan kemungkinan kita akan melakukan tindakan yg sama dan ia akan menjadi cycle yg berterusan. Sepatutnya kita learn dari tindakan kita dan improve dari situ. Kita manusia, selalu buat silap. Kaizen diperlukan utk memajukan diri. Saya rasa tu lagi dituntut.

Ada masa kita kena belajar dari kesilapan kita. Tiada guru yg terbaik selain dari diri sendiri. Muhasabah diri demi memperbaiki diri adalah satu ibadah. Mengenalpasti adalah senang tetapi melakukan apa yg telah dikenalpasti itu kekadang payah utk dibuat atau dikekalkan. Kesilapan adalah cara utk kita meningkatkan keupayaan diri ke satu tahap yg lain.

Ada ketika, kita perlu kembali ke saat dimana kesilapan yg kita lakukan sekarang dapat di elakkan. Bahasa komputer adalah system restore. Mungkin niat kita berubah dulu utk kebaikan. Itu mungkin option yg terbaik pada masa itu. Sampai satu tahap, kita dapati perubahan yg kita buat itu tidak seperti yg diharapkan atau lagi teruk pada sebelumnya, jadi x salah jika kita kembali ke saat dimana ianya belum bermula.

Selalu kita susah utk menerima keadaan itu, mungkin disebabkan ego, malu dan sebagainya tetapi kalau yg sebelumnya lebih baik, apa salahnya. Mengalah bukan erti kalah, menerima kelemahan akan menjadikan kita lebih kuat. Kita semua belajar utk mengatasi kelemahan kita. Menuju kearah yg lebih baik. Omputih kata "2 heads are better than 1". There's a bigger world waiting for us ahead, and a longer road for us to follow.

Sent via BlackBerry Smartphone

Saturday, August 7, 2010

Apa yang perlu kita jaga...

Sebuah coretan...

Sambil melayan anak2 mkn, terkenang sifat yang perlu ada dan diamalkan tetapi selalu terlupa atau sengaja lupa. Menjaga hati dan perasaan. Kerana apa? Kita ni hidup bermasyarakat. Bukan hidup sorang-sorang. Kena fikir apa orang lain sama. Kekadang kita menjaga sebelah pihak tanpa memikirkan sebelah pihak yang lain. Yang lagi parah bila ada pikiran tak apa.

"Tak apa dia akan paham gak nanti". Senang diucap tetapi....

Kekadang terfikir, kenapa hal ini berlaku? Adakah hatinya tak terasa? Adakah hatinya dah kering? Adakah hatinya takde perasaan? Adakah takde secalit rasa bersalah? Apa yang boleh saya katakan, rambut manusia ni sama je hitamnya, tapi dalam hati tu, kita tak tahu, sebab kita tak berkongsi hati.

Saya rasa kita tak boleh pentingkan diri. Nak orang lain paham kita, kita kena paham orang lain. Bertolak ansur sangat penting untuk menjamin kebahagian. Saling memahami dan menerima. Sebagai manusia biasa, perasaan senang terguris. Sabar pun kekadang ada had.

Kita perlu menjaga mulut dan perlakuan kita sebab kalau tersalah tingkah, hati dan perasaan akan terluka. Jangan jadi sangat menjengkilkan @ annoying yang boleh menyebabkan orang di sekeliling membenci kita. Kalau dah benci, kita mungkin akan di jauhi.

Sebab tu mak ayah selalu berpesan untuk kita berakhlak dan beradab. Kan cantik kalau kita selalu menyenangkan orang lain. Hati pun senang, kawan pun ramai, pahala pun dapat. Takde la kita jadi kera sumbang kan.

Perkataan yang baik adalah sedekah kerana ia dapat membuka jiwa, mengembirakan hati, menyembuh luka, menghilangkan kemarahan dan menebarkan kedamaian pada orang yang mendengarnya. Kalau boleh, sebelum nak berkata-kata, fikir dulu apa yang nak di katakan.

Mengikut kata2 orang yang arif...

"Kata2 yang dilafazkan adalah semacam doa kepada pihak yang mendengar"

Sent via BlackBerry Smartphone

Sekali lagi

Dayang Nurfaizah : Sekali Lagi

Di sebalik wajah ceria
Tersimpan kisah duka
Berlindung di tabir waktu
Samar di pandangan mata

Kau cuba untuk mencurahkan
Semua kepedihan
Namun tiada siapa rela
Keinginanmu terlara

Luangkan seketika masa bersama
Pasti ada cara untuk mengatasinya
Meskipun ia mungkin akan berbeda
Di hatiku tahu engkau mencuba

( korus )
Buka fikiran bermula satu cerita
Penuh liku serta rintangannya
Suatu hari akan tiba
Tanamkan kenyakinan
Tempuhi dengan kesabaran

Walaupun ada kesukaran
Melumpuhkan impian
Dugaan itu hanya sementara
Tanganilah dengan tabah

Walau hari silih berganti
Keringat tak memberikan erti
Nescaya ada sinarkan kembali
Sekali Lagi...

Sent via BlackBerry Smartphone

Friday, August 6, 2010

Coretan untuk teman...

Teman, ada kalanya memang, kita menemui kesedihan dan kebahagiaan. Ada kalanya, keduanya hadir berselang-seling, saling berganti mewarnai panjangnya jalan hidup ini. Saya yakin, ia memberikan kita semacam memori yang kerap membuat kita terkenang.

Dan teman, cubalah pula kita selalu mengingat setiap kebaikan dan kebahagiaan yang kita miliki. Simpanlah semua itu dengan kukuhnya di dalam hati kita, agar tak ada apapun yang mampu menghapusnya. Saya yakin, angin kebahagiaan dan keikhlasan, akan mampu menggantikan kesedihan kita yang akan kita selalu terkenang dan membuat kita optimis dalam menjalani panjangnya hidup ini.

Saya pernah membaca satu penyataan...

“Saat kita mendapat kesusahan, tulislah semua itu dalam pasir. Biarkan angin keikhlasan akan membawanya jauh dari ingatan. Biarkan catatan itu akan hilang bersama menyebarnya pasir ketulusan. Biarkan semuanya lenyap dan pupus.” “Namun, ingatlah, saat kita mendapat kebahagiaan, pahatlah kemuliaan itu dalam batu, agar tetap terkenang dan membuat kita bahagia. Torehlah kenangan kesenangan itu dalam kerasnya batu, agar tak ada sesuatu yang dapat menghapusnya. Biarkan catatan kebahagiaan itu tetap ada. Biarkan semuanya tersimpan.”

Namun, adakah kita mau menjadi seorang yang pemaaf, yang mampu untuk menuliskan setiap kesedihan di dalam pasir, agar angin keikhlasan mampu membawanya pergi? Maukah kita menjadi seorang yang tegar, yang mampu melepaskan setiap kesusahan bersama terbangnya angin ketulusan?

Thursday, August 5, 2010

Du wirst in meine Gedanken

Sollten Sie jemals das Gefühl allein
Wenn die Zeiten schwer zu finden auf blankem
Sie können noch immer auf mich zählen
Weiß, ich werde immer da sein

Du sollst in meinen Gedanken sein
Wenn Sie verletzt sind, halte ich es auch
Es ist meine Freundschaft Aufrichtigkeit
Ich werde für immer mit dir teilen

Es gibt jeden Schritt des Weges
Meine Unterstützung können Sie sich verlassen
Ich werde zuhören, wenn du mich brauchst
Mit Liebe für immer deine Freundin

Wednesday, August 4, 2010

Kita bermula dengan niat

Apa yg kita nak lakukan semestinya bermula dengan niat. Klu HYMM dipanggil visi. Yg saya tau niat kita kena jelas. Kita kena paham apa yg kita mahu / nak. X kisah lah apa yg kita nak pada hari itu, pada minggu itu, pada bulan itu, pada tahun itu dsb...

Niat haruslah terperinci dan jelas, sepertimana niat solat. Berdiri nak buat apa, solat apa, berapa rakaat, jamak, qasar, tunai, berimam atau tidak. Begitu juga dgn niat setiap kali kita bangun dari tidur, nak buat apa hari nih, kenapa dan bagaimana...

Dari situ baru tindakan kita akan lebih teratur. Lebih berstrategi dan lebih focus. Klu HYMM dia panggil misi. Nak set plan / niat / visi cukup senang. Nak implement tu yg susah. Sebab tu saya nak berenti merokok sampai la ni pun masih terkial2. Yg penting ada improvement. Peningkatan ke arah pembaikan berterusan tu yg penting. Bukan senang nak meninggalkan mende yg kita dah selesa dgnnya. Walaupun pelan, perubahan kena ada. Ada masa kita toleh kebelakang tengok kembali, adakah terdapat ke x perubahan.....

Kemudian syukur, sama juga kena tahu syukur pada siapa, syukur kerana apa, rasakan dalam hati, bayangkan dalam fikiran, setiap nikmat yang Tuhan beri pada kita. Bayangkan dan rasakan apa yang Tuhan dah beri pada kita semalam. Syukur sihat lengkap tubuh badan cemerlang pancaindera. Syukur ada keluarga yang menyayangi kita. Syukur ada kawan2 yg tak pernah berputus asa mahu membantu kita. Syukur kita belum pernah lapar lebih dari dua hari. Syukur atas kurniaan rezeki kepada kita. Syukur Tuhan menyayangi kita.. Bayangkan jikalau kita tidak punya semua itu..

Kemudian tawakal. Tawakal ini kena sentiasa ada setiap hari. Bila kita tawakal dengan benar, kita akan sentiasa yakin dengan apa yang kita perbuat. Kita akan terus berusaha kerana kita bahagia dan yakin Allah akan kabulkan. Kita takkan rasa bosan, marah atau sedih kerana kita yakin Allah jadikan semua itu untuk kebaikan kita dan Allah pasti akan menyempurnakan doa-doa kita.


Tuesday, August 3, 2010

Bila hati berbicara

Terasa ingin bercerita tentang menjaga hati. Kenapa dilema perasaan manusia ini sering diributkan dengan keserabutan yang tak pernah surut. Ada yg mengeluh kerana biarkan hati sendiri sakit dikala insan lain hatinya tertawa riang bergumbira.

Bila berbicara pasal hati, x sempurna jika tidak berbicara pasal hati disakiti dengan perit. Ada yg terniat ingin membalas kembali kesakitan itu. Berniat memang senang, tapi bila ingin bertindak amat sukar sekali.

Ada yg penah berkata "ahh! Kalau aku, aku sound direct jer. Apa nak peduli perasaan orang!". Ramai yg akan bercakap begini bila ada yg ingin memuntahkan ketidak-puasan hatinya. Sama seperti yg sy katakan di atas, memang berkata² itu mudah.

Selalunya otak tak akan sempat menapis segala percakapan yang ingin disampaikan. Maka wujudlah pepatah 'terlajak perahu boleh diundur'.

Kadang hati sering merungut. Kenapalah orang lain tak boleh bersungguh² menjaga dengan cermat hati orang lain? Selalunya kita sering mendengar "kenapalah orang lain sering mencalarkan hati aku tanpa mengendahkan perasaan aku?"

Maaf... Bukan saya nak kata saya ini sempurna tapi inilah saya rasa kelemahan saya dalam melayari kehidupan bersama orang lain.

Sering saya tegaskan pada hati, tak perlu menjaga hati orang lain kalau hati sendiri sakit, tapi saya tak berdaya. Memang sifat saya bila bersama, saya akan mendahului orang lain berbandingkan saya.

Maaf... Coretan di hari ini yang agak menjengkelkan..

Bila hati terasa tidak dihargai, habis tembakau puntung dibuang?

Sent via BlackBerry Smartphone

Monday, August 2, 2010

Hari yg berjaya...

Hari ni hari yg penat. Hari yg byk wat keje pelik. Hari wat magik. Hari keje meraban. Tp hari ni terasa puas. Terasa lega. Terasa nikmat dpt menyelesaikan. Melalui susah senang, akhirnya internet, email, network kembali hidup. Syukur...

Pepagi sambung keje semalam yg xleh nak mount. Forums, knowledgebase dan google diselongkar. Akhirnya berjaya. Puas bila email starts flowing in. Puas bila tgk rauz dapat buat ordering bila internet ok. Lepas tu setup smex. Just install and do basic setting utk cover and filter email. Tu pun ok. Bila dh stabil nnti, kena tighten lagi lah. Alhamdullilah...

Paling puas, bangga, syukur bila minta tolong umi wat migration. Dh la sy aja x ikut sequence, dh la ada step yg lupa, dh la buat ikut sedap tekak je, ttpi dia cam seronok belajar and assist me. Bila dia tanya mana WI, terus terkedu. Mmg xde. Terasa malu pun ada, tp cover je lah. Ajar mana patut. Not bad for 1st timer, xde major flaw. Just lupa sequence je. Kesian kat dia OJT terus buat. Cam dia blurrrr pun ada hehe. Proud of her. Willingness to learn to yg sy nampak.

Paling best bila dia kena migrate nbook shimizu. Lawak gile hehe. Muka terkulat2. Sy ingat apa, lepas tu...

Siap tanya "camne nak wat? Ni bahasa jepung. Mana gheti".

Sy ngan selamba "kita wat guna icon je. Senang je tuh. X paham kita refer pc lain. Hehehe."

Dia gelak "bule wat gitu ke?"

Sy kata "hayun je."

Kami gelak. Letih, stress but fun. Nbook x putus2 smpi. X menang tgn. Cam bursa saham. How nice of her. Maybe dia boring wat keje dia kot hahaha....

Esok smbung lg. Banyak kat pc dh. So kena merayap kat setiap dept la pasni. Mana tau bule buli umi lagi kui kui kui....

Xpe lah. Ni cara keje yg xde pedoman. I'm proud of me, hj, n umi. We r able to do our tasks without guidance. Terasa power. X dpt recognition, x dpt imbuhan, xpelah. Kami keje utk ilmu je lah. Sapa pun xleh ambik. Hak mutlak kami.

Mekasih kepada yg memahami...

Mekasih kepada yg bersabar...

Insyallah turn anda akan sampai jap lg...

Now bila melepak baru terasa penat. Jap lg wat koje umah plak hehehe...

Sent via BlackBerry Smartphone

Sunday, August 1, 2010

Adakah kita adil?

Bila sebut pasal adil, agak2 la, apa dalam fikiran anda? Bagaimana kita sering memandang akan adilnya kehidupan pada diri kita. Sebab Saya yakin anda selalu dengar ungkapan, "hidup itu tidak adil".

Walaupun kita jarang ungkapkan keadilan atas namanya adil itu, kita sering juga merungut akan bagaimana kita yang bekerja keras dipejabat, alih2 si kaki bodek boss itu juga yang naik pangkat dan gaji. Dan kita juga mengeluh, akan betapa lamanya kita beratur dalam kesesakan trafik, alih2, mamat yang potong Q juga yang meluru kedepan. Betapa juga kita yang selalu ambil berat tentang mak ayah, alih2, abang sulung atau adik bongsu itu juga yang lebih disayangi mak ayah. Dan bila merungut atau mengeluh soal itu, pastinya kita merujuk betapa tidak adilnya kehidupan pada kita. Betapa kita yang baru pertama kali nak menipu, terkantoi, sedangkan kawan kita hampir setiap bulan tipu claim, takde plak kantoi.

Pada saya, kita ini manusia biasa. Tahap keimanan dan kesabaran kita nipis. Kita cepat rasa letih bila kerja keras kita tak dipandang boss, yg lebih memandang pada bodekan sipolan dan sipolan saja. Kita cepat putus asa bila, "asyik orang potong Q aku jer". Dan lebih parah bila kita pulak yang melakukan perkara2 yg kita tidak suka itu, atas dasar, "puas hati aku!". Saya tidak boleh nak menghukum, sebab saya pun manusia macam anda. Saya tidak sempurna. Ada masa saya macam apa yg saya tulis diatas itu. Dan seringkali juga terasa betapa tidak adilnya hidup ini.

Tapi tidak la sampai menidakkan keadilan Allah SWT. Kerana Allah SWT itu sesungguhnya Maha Adil. Segala ketidakadilan yang berlaku (yang kita rasa sebenarnya) pada diri kita, merupakan antara aturan Allah pada diri kita. Malangnya seringkali kita gagal melihatnya dari sudut yang positif, kerana kesedihan dan kekecewaan lebih tebal dihati.

Kita pastinya tidak terfikir bahawa itu kaedah yang Allah beri untuk menguji keimanan dan kekufuran kita. Untuk menguji sejauh mana keyakinan kita pada keadilanNya, dan janji-janjiNya. Kita juga gagal melihat akan implikasinya pada mereka yang kita rasa tidak berlaku adil itu. Kita rasa, bila kawan kita menipu duit claim, mereka akan lebih banyak duit. Kita rasa, mereka yang potong Q sewaktu trafik sesak itu akan sampai awal kedestinasinya, kita rasa mereka yang naik pangkat kerana kemahiran "kipasan" mereka akan hidup senang. Tapi kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi tak kisah la kan, sebab itu kehidupan mereka dan urusan mereka dengan Allah. Kerana mereka itu juga sebenarnya diuji Allah, sama seperti kita. Gagal atau berjaya, bergantung pada kekuatan kita menerima takdir yg Allah aturkan untuk kita.

Saya sangat yakin bahawa apa saja yang berlaku dalam hidup saya, ada hikmah yang kadangkala saya tahu, sebab itu kadang2 selalu keluar dari mulut, "Ha, nasib baik..." dan kebanyakan hikmah dari apa yg berlaku itu, saya tidak tahu, tapi saya yakin ia tetap ada. Sebab saya juga yakin Allah itu Maha Adil, Maha Mengasihani, Maha Penyayang.

Semoga saya dan anda semua akan lebih baik dalam menangangi isu rasa "ketidakadilan hidup" ini pada diri kita dan manusia2 kesayangan kita. Semoga nanti, setiap kali kita rasa hidup tidak adil, kita dapat fikirkan mereka yang lebih besar ujiannya dari kita. Bayi2 comel yang dibuang itu tidak sesekali mengeluh akan tidak adilnya hidup pada mereka, sekalipun dibuang, dibakar, di'blender'. Yakinkan diri bahawa betapa tidak adilnya apa yg berlaku, ia hanyalah didunia. Dan ia hanya ujian untuk kita kukuhkan lagi keyakinan kita pada Al-Adil Allah itu.