IP

Sunday, September 25, 2011

Memori lalu

Kata orang, masa dan kenangan yang berlalu tetap tidak akan dapat dilupakan. Lagi-lagi apa yang berlalu itu melibatkan sesuatu yang sangat besar dan bermakna dalam hidup seseorang.

Ada pula orang akan terhibur apabila sesekali memori lalu menyapa ingatan. Ada kenangan manis. Ada kenangan pahit. Namun kedua-duanya akan menjadi suatu kenangan yang indah apabila sudah lama berlalu.

Betullah kata orang, anda tidak akan pernah dapat melupakan masa lalu anda.

Tadi pergi rumah kawan. Dia ajak makan-makan sempena hariraya. Dapat makan dan mengimbau kenangan bersama. Cerita punya cerita akhirnya masing-masing membuka memori tersendiri.

Kelakar. Masing-masing berlumba-lumba nak menceritakan kenangan masing-masing. Ternyata, mengimbas kenangan lalu itu memang menyeronokkan. Dan boleh membuat kita tersenyum sendiri. Bagi saya, teramat rugi bagi sesiapa yang hendak membenci masa lalu.

Setiap orang, berbeza cara hidup dan keadaan hidup yang ditempuhi. Masing-masing punya bermacam kisah yang dipendam. Dalam anda membenci masa lalu tu, cubalah mencari sedikit kebaikan di dalamnya. Mungkin kalau sesuatu itu tidak terjadi suatu masa dahulu, mana mungkin kita seperti sekarang. Tak gitu?

Setiap orang pasti ada kenangan yang pahit pernah dilaluinya. Saya juga begitu. Kadang-kadang untuk mengimbas kembali, terasa sakit ada, malu pun ada. Namun itu bukanlah alasan untuk membenci apa yang telah terjadi. Setiap sesuatu kejadian itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment