IP

Tuesday, September 20, 2011

Gagal?

Sinar.fm
7:34am

Berapa kalikah anda gagal? Apakah kesan dari kegagalan itu? Apakah langkah anda untuk mengelak dari terus gagal? Inilah persoalan yang selalu timbul. Tapi pernahkah anda terfikir hikmah di sebalik kegagalan itu..
Kegagalan sebenarnya adalah guru dan pembimbing kepada kejayaan akan datang. Tidak semua perkara positif menjadi rangsangan terbaik untuk kita semua. Adakalanya sesuatu yang negatif seperti kisah kegagalan, kesusahan akan menjadi pendorong yang lebih baik untuk mengubah kehidupan kini agar lebih baik dari semalam.

Kegagalan dapat melumpuhkan rasa ego dan takbur dalam diri. Kadang-kadang keyakinan yang melampau menyebabkan kita rasa ego bahawa kita akan berjaya sedangkan sekelip mata sahaja Allah boleh tukarkan kepada kegagalan jika Dia mahu.

Kegagalan memberikan ruang agar kita merancang dengan lebih teliti. Biasalah sebagai manusia pasti ada juga yang terlepas pandang dalam perancangan yang kita lakukan. Tetapi dari pengalaman, ia pasti mengajar kita supaya lebih dalam teliti dalam merancang di masa hadapan. 

Gagal bererti anda berdepan dengan cabaran. Maknanya jika anda mampu melepasi ujian ini maka anda bakal menempah sebuah kejayaan. Cabaran adalah ibarat duri-duri yang anda pijak ketika berusaha mencapai apa yang anda kehendaki.

Hidup ini ibarat roda. Ada masa di atas ada masa di bawah. Setiap kejayaan yang kita capai mesti kita akan menempuh lalui  kegagalan dahulu. Jadi jangan malu untuk gagal. Kita belajar dari kegagalan dan kesilapan kita. Kita tidak tahu bila kita akan berjaya tapi yang penting kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa mahu berubah.


Bak kata Dato' Shake : Anugerah Dari Kegagalan

Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

1
Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho

( ulang dari mula hingga akhir)

( ulang 1 2X )

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment