IP

Wednesday, March 28, 2012

Pesanan dan renungan dari email kekawan

Ribut xde, hujan xde, tetiba je dia anto email yg jiwang. Nak kata meroyan pun ada. Kalu call sure rasanya kena layan pot pet dia. Dia tau sy ada blog. Maybe ni luahan dia kot. Ada la probnya tuh. Cam terasa dr fadilah kamsah plak. Padahal diri sendiri pun sama je hihi.

Apapun sebagai renungan dan iktibar....

”Jangan paksa orang untuk sayang kita, untuk cintakan kita, untuk bersama kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, kalau kita paksa orang lain untuk menyayangi kita, hakikatnya ianya tak ikhlas. Kita nak ke orang sayang kita, cintakan kita dengan pura-pura? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela hati. Maybe tu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. Kalau kita sayang orang tu, mesti kita nak tengok dia bahagia kan..

Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh menerimanya kembali atau tak. Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita..

Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita.Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain.
Sebab, belum tentu orang lain tu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain tu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita.

Kalau saya sayang, kasih dan cinta pada seseorang tu, bererti saya menerima dia seadanya selagi dia tak mengkasari saya, menyakiti saya dan menjaga segala percakapan dengan saya. Kalau kita sayangkan seseorang tu dengan ikhlas, kita tetap sabar dengan dia, kita sanggup berubah untuk dia, terima baik buruk dia, yang mana tak elok kita perbetulkan. Macam saya, kalau saya sayang & cintakan orang tu, saya biarkan je dulu dia nak buat apa, nak pergi mana, dengan siapa. Saya sabar, simpan dulu. Sebab one day dia akan jadi milik kita juga.Yang penting kita adalah yang terakhir untuk dia. Begitulah. Once dah macam tu, and memanglah kita akan setia & jujur dengan dia.

Cinta tu ada jarak masa ke? Baru kenal ke, dah lama kenal ke, tu ukuran pada cinta ke? Bagi saya, bila perasaan tu nak hadir, hadirlah. Kalau bercinta bertahun-tahun, kalau bukan jodoh, tak bersama juga. Kalau kenal sehari dua je pun, kalau dah memang jodoh, bersama juga, bahagia juga. Kan? Jadi takde jarak pengukur. Tapi lagi bagus jika kenal-kenal, memahami antara satu sama lain sebelum mencintai sepenuhnya.

Bercinta lepas kawen.
Ermmm sweet kan. Kalau dulu-dulu masa zaman kat matrik, selalu diberi pendedahan pasal cinta selepas kawen. Dengan saya sendiri nak macam tu juga. Kalau boleh tak nak cinta sebelum kawen. Sebab cinta sebelum kawen ni macam pura-pura. Cinta ialah menyalurkan perasaan itu dengan cara yang halal. Indah kan..

Kalau nak hurai pasal cinta ni, takkan habis. Terlalu banyak. Apa yang saya katakan, sekarang ni, itu yang saya rasa, yang saya nak sampaikan, yang saya nak share. Kalau faham, fahamlah.

Sekian…..”

No comments:

Post a Comment