IP

Saturday, February 11, 2012

Lafaz kata

Melafaz kata; cinta dan kasih sayang bukannya sekadar menyediakan segala apa yg menjadi kesukaan atau keinginan pasangan, tetapi termasuk juga menjaga keselamatan jasad, keharmonian jiwa.

Jangan bercinta dengan jasadnya sahaja sbb jasad akan sampai suatu masa akan ketuaannya, ia akan berkedut dan kereput tetapi susulilah cinta juga kpd rohnya kerana ia akan kekal kematangannya tidak akan jatuh kpd keremajaan dan tidak pula tergugat dgn ketuaan.

Sebab...

Cinta hingga timbul keserasian itu akan kekal selama-lamanya...

Ianya anugerah yg plg bernilai dlm hidup bila mendapat pasangan yg mencintai kita seikhlas hati, menerima kehidupan kita seadanya malah sanggup berusaha bersama-sama mmperbaiki kehidupan.

Beliau mencintai kita dgn cinta yg luar biasa, cinta yg mampu mmbuat kita tersenyum walau dlm duka. Cinta yg membuat kita rasa terlalu bahagia, sehinggakan berjauhan sementara menjadikan kita x keruan seolah-olah kehilangan sesuatu.

Cemburu nya hanya kerana sayang, merajuknya kerana inginkan perhatian, rela berkorban wang dan masa demi melihat kita bahagia, menangis nya kerana tidak mahu kehilangan kita.

Kerana.....

Manusia yang hati nya hidup mudah menerima nasihat dan peringatan, mudah mngambil iktibar dari sesuatu kejadian, mudah bermuhasabah diri, merenung segala salah dan silap dan berazam untuk memperbaiki segala kesalahan lalu...

(Nukilan dipetang hari....)


Sent from U Mobile

1 comment: