Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu bahagian dari kasih sayang Allâh agar Allâh memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita
Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terperusuk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allâh sedang menyapa dengan cinta-Nya agar kita tumbuh besar dan kuat
Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain bukan membahagiakan diri sendiri
Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bahagian dari penyucian diri dan ikhlas hanya mengharap redha Allâh
Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kemajuan diri kita
Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allâh sebagai penggantinya
Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari bahawa Allâh telah meminjamkan kepada kita beberapa saat
Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur dan menyedari itu bahagian dari cara Allâh menyayangi hambanya seperti Allâh menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Lelaki maut dihempap batu kuari
8 hours ago
No comments:
Post a Comment