IP

Wednesday, October 12, 2011

Coretan dari HTAR

Ayat yang biasa kita dengar "apa yang berlaku ada hikmahnya", "Dia lebih mengetahui kenapa ujian itu diberi". Memang betul. Allah akan menurunkan sesuatu ujian bertepatan dengan kemampuan hamba-Nya. Setiap kita akan / pernah merasai kesusahan, kesedihan, menyebabkan kita terduduk dan terkapai.

Mengapa Allah menguji kita sebegitu rupa?

Jawabnya tidak lain, itulah tandanya Allah masih sayangkan kita dan supaya kita sentiasa ingat kepada-Nya. Cuba kita imbas kembali, berapa banyak kita mengingati-Nya? Dengan kerja yang berlambak, soal keduniaan kerapkali menjadi keutamaan. Allah sentiasa mengingati kita, tetapi kita lalai mengingatinya.

Allah mahu kita berfikir dan bermuhasabah diri.

Setiap yang berlaku tersimpan pengajaran. Maka jadikanlah pengajaran itu sebagai pedoman di masa akan datang. Mungkin hari ini kita dalam kesedihan dan kesusahan, tetapi akan tiba masanya Allah akan memberikan kita kesenangan dan kebahagiaan yang kita sendiri tidak pernah jangka. Teruskanlah berdoa kepadaNya, berserah kepada-Nya setelah berusaha.

Insyallah.......



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment