aku tertanya
jika kau amanat Tuhanku
hadir menduga imanku
memberi perangsang
agar aku tabah
mengharungi liku-liku
mancari sinar di setiap penjuru
hingga aku kenal diriku
aku tertanya
jika kau musafir jalanan
yang mengajarku erti hidup
tatkala kau singgah sebentar
sekadar merenung lalu menyapa
mengubah fitrah yang ada
ku izinkan pertemuan
dalam pencarian diri ini
aku tertanya
jika aku membinasa diri
mendamba sesuatu yang tak pasti
ku mohon Tuhan akan hidayah-Nya
kerana aku insan kerdil
yang mencari kepastian
yang perlukan kesahihan
aku tertanya
rentak permainan hidup
ada suka, ada duka
pasang dan surut
namun ku mohon ihsan Tuhanku
untuk segala ketentuan
untuk setiap pertemuan
semoga kebenaran dan kesedaran
menjadi hikmah buat diriku
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Berang kena kacau, warga asing korek mata lelaki tempatan
16 minutes ago
No comments:
Post a Comment