IP

Sunday, October 30, 2011

Sebab-Sebab Perempuan Menipu Di Dalam Perhubungan

Kejujuran di dalam satu hubungan adalah amat penting. Namun setiap orang di dunia ini tidak pernah lari dari pada masalah.

Keretakan sesuatu hubungan selalunya disebabkan penipuan dari salah satu pasangan. Tapi kali ini kita akan mengupas sebab-sebab perempuan menipu lelaki. Untuk lelaki pula mungkin pada entri akan datang.

1. Bosan

Hati perempuan lembut sentiasa menginginkan perhatian dan dimanjakan. Jika kurang diberi perhatian mereka akan berasa bosan dengan hubungan yang terjalin. Malah, mereka merasa diri mereka tidak dihargai. Mereka tidak sanggup untuk memberitahu perkara sebenar bahawa mereka sudah berasa bosan dengan pasangan mereka.

2. Balas Dendam

Mungkin seringkali ditipu dengan bekas teman lelaki, perempuan membuat keputusan untuk menipu teman lelaki barunya dengan niat membalas dendam. Mereka berfikiran lelaki ini adalah penipu besar dan tidak boleh dipercayai.

Bak kata pepatah orang putih "What you give you get back" tapi balas dendam yang terbaik adalah memaafkan.

3. Hidup Terkongkong

Semua orang pastinya tidak mahu hidup mereka dikawal atau dikongkong oleh orang lain. Ruang kebebasan mereka telah dirampas oleh teman lelaki mereka. Kalau dah 24 jam call tanya tengah buat apa, dengan siapa. Siapa boleh tahan macam itu, lama-kelamaan orang akan mula berasa benci. Percaya satu sama lain adalah penting.

4. Power Of Money

Semua orang nak duit kerana duit juga seseorang itu hilang arah tuju. Zaman sekarang dengan adanya duit anda dapat menguasai dunia.

Dengan duit anda boleh membuat macam-macam tidak kira kearah kebaikan atau sebaliknya. Sesetengah orang perempuan hanya memandang harta lelaki itu sahaja. Mana yang banyak duit, lelaki itu yang akan dipilih sebagai teman hidup mereka. Namun perempuan yang seperti ini hanya segelintir sahaja dan tidak ramai.

5. Orang Ketiga

Kebanyakan perempuan menipu adalah disebabkan mereka sudah ada penganti baru. Mereka terpaksa menipu dengan pelbagai alasan kerana takut untuk berterus-terang tentang kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka itu.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Lambat laun, rahsia orang ketiga tetap akan terbongkar juga.

Muhasabah diri

Jokes of the day

Vietnamese come, dogs & cats missing.
Bangladeshi come, Malay girl missing.
Chinese girl come, husband missing.
Politicians come, Mongo........ girl missing.
Policeman come, drugs missing.
Election comes, government funds missing.
Election lost, documents missing.
Release true report, doctor missing.
Tell the truth,whole family missing.
Expand Air Force, jet engines missing.
NEXT ELECTIONS COME, x tau sapo pulok MISSING.harap2 jange brehem ali


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, October 29, 2011

Quote of the day

" Kehidupan kita berpasang pasangan, Saling memerlukan. "

" Kita umpama kopi hitam pahit pekat, Manakala pasangan kita bak gula, Bila dibancuh sebati seiringan "

Tetapi yang mencacatkan pandangan, Adalah piring alas yang retak atau sumbing.

Renungkanlah.....


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Renungan pagi sabtu

Dari FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah....


As salam sahabat FB yg d kasihi n d rahmati Allah.

Kita ada mata yg memandang keluar. Tu sbb kita mudah nampak salah org lain n sukar nak nampak kesalahan sendiri.

Org yg hebat sentiasa sibuk cari salah sendiri n betulkan diri hingga takde masa nak cari salah org lain. Amat malang org yg sibuk cari salah org lain tapi tak sedar salah sendiri. Org ini akan sentiasa buat dosa, sukar nak ubah diri, Allah benci, org menyampah dan diapun tak redha akan dirinya. Tu sbb banyak komplen, mengutuk, mengumpat, stres n jarang bersyukur dgn apa yg dia ada.


Hari ini mari kita lihat ke dlm diri kita n cari apa yg tak betul n segera betulkan agar Allah syg n manusiapun syg. Mana tahu hari ini hari kita yg terakhir!

Wassalam


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Padang Arafah luas tempat kita menghampar jiwa...

Semua lebur jadi satu tanpa batas etnik, warna kulit, latar budaya dan sejarah. Ihram putih yang membalut tubuh-tubuh kita sebagai simbol kesatuan.

Semua kesatuan: asal usul, tujuan hidup, jalan hidup yang kita tempuh untuk mencapai tujuan itu.

Arafah itu seperti lukisan jiwa-jiwa yang digantung di dinding sejarah...

Seluruh jiwa menyatu dalam lukisan yang rumit; disatukan oleh kekuatan yang lahir kekuatan; kekuatan cinta yang lahir kekuatan iman.

Tiba-tiba kita semua merasakan kerendahan hati yang tulus.

Lalu jiwa kita hampar bagai permadani; silakan semua orang duduk di sana.

Perbedaan-perbedaan ini, etnik, warna kulit, latar budaya dan sejarah seketika berubah menjadi sumber keindahan yang menghiasi langit kehidupan kita.

Sebuah pemaknaan yang indah dalam prosesi haji, do'akan kami untuk bisa menyusul kalian ke tanah suci!

Ya Rabbi, Engkaulah Yang Maha Mendengar, mudahkanlah jalan kami memenuhi impian haji...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 28, 2011

Sudut renungan

Banyak orang berusaha mencari kebahagiaan sejati, kita berjalan kesana dan kemari mencarinya, kadang-kadang kita terlupa akan apa yang sudah dimiliki, bahkan kadang-kadang sampai melupakan tanggungjawab seperti yang sepatutnya.

Renungkanlah dan cubalah lihat ke dalam diri sendiri, sesungguhnya telah terdapat sinar kebahagiaan didalamnya.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone