IP

Friday, September 30, 2011

Lagu ketuhanan

Seperti Syurgamu - Pop Shuvit & Man Bai

Aku pernah alpa
Aku pernah lupa
Aku pernah terlena
Dibuai cahaya indah
Situku jadi megah
Tanpa bersusah payah
Tanpa aku menduga
Ku dalam leka

Rupa-rupanya cahaya itu hanya sementara
Suram mengambil tempat
Tersurat sudah tersirat
Yang ringan menjadi berat
Tamparan begitu hebat
Sekarang baru ku sedar
Setelah menempuh sukar
Ku mula berfikir setiap saat

Chorus
Tolong sedarkan diriku
Dari noktah kian luput
Aku bimbang jumpa suatu waktu
Dan tak kenal siapa
Ku berharap kepadaMu
Berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini
Harum indah seperti syurgaMu

Sekarang baru aku sedar setelah segala
Yang ku tempuhi liku-liku hidup yang menjalar
Suasana mencabar
Setiap daya akan ku pusatkan untuk
Untuk mencuba

Cuba mencari cahaya itu kembali
Biarpuan aku terpaksa menempuhinya sekali lagi
Kali ini aku akan lebih berhati-hati
Walapun aku terpaksa berlari atau meniti

Ku harungi dengan cekal
Pengalaman jadi bekal

Ulang Chorus

Oh engkau yang menentukan
Apakah aku ini yang terakhir untuk ke syurgaMu

Ulang Chorus


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mutiara kata

Apalah gunanya harta jika bukan kerana agama ia dicari,
apalah gunanya ilmu jika di guna untuk membangga diri.
Apalah guna lidah yang fasih Berbicara jika bisa mengundang kemurkaan tuhan, jadilah hamba yang tahu untuk bersyukur kepada tuhannya...... malu pada rasulnya...... itulah erti sebenar sebagai hamba...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kata-kata cinta...

Jika kamu benar-benar tulus mencintainya, jangan basahkan matanya dengan air mata, jangan hadiahkan telinganya dengan dusta dan jangan ukir hatinya dengan luka.

Jujurlah dengan perasaanmu sendiri dahulu sebelum berjanji untuk jujur kepadanya.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 29, 2011

Renungan utk hari ini...

Salam sahabat yg d muliakan n d rahmati Allah....

Tanpa anda n saya d dunia ini, DUNIA INI TIDAK SEMPURNA. Jika dunia dah cantik tanpa kita, kenapa perlu Allah cipta kita?

Soalnya, apa yg kita sumbangkan kpd DUNIA utk memastikan wujudnya kita d dunia membawa makna!

Hari ini, cuba fikirkan apa PERKARA +VE yg u MAMPU LAKUKAN yg memberi manfaat kpd org lain atau kpd alam sekitar.

Bertindak sekarang, mana tahu hari ini hari kita yg terakhir!

Wassalam


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Motivasi pagi...

Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia.

Sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan.

Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka.

Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran.

Hiduplah dlm Iman walau hari dipenuhi dugaan & berpeganglah kpd ALLAH walau DIA tak kelihatan kerana bukti kasih-Nya, kita masih diduga.

GanjaranNya PASTI... Sabarlah.....


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Cetusan rasa...

Biar ku pujuk hati yang lara
Biar ku bawa jauh pergi
Berpaut pada sejengkal tali cuma
Berpijak pada tebing yang curam
Berteduh pada pepohon kering
Berdahan namun tak berdaun
Andai sampai waktu
Aku harus tinggalkan mu
Akan ku berlalu
Tak mengenal ruang waktu
Biar tiada lagi malam buat ku
Biar tiada malam buat mu
Biar tiada lagi bayangan mu
Biar berteman Tuhan yang satu
Kerna Tuhan itu lebih mengetahui
Dan dunia satu persinggahan

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 28, 2011

Untuk renungan seorang AYAH dan SUAMI!

Petikan dari FB Rahsia Perkahwinan...


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak... jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya... maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.... dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka.... jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah..... betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Lawak ptg.....

Cucu : nenek!! nenek..!! Datuk meninggal !!

nenek : bila cu??

cucu : baru jk, jatuh dari p0k0k sukun, cepat nek kerumah, keluarga sudah bkumpul semua, mari cepat nek !!

nenek : Ntar cu, nenek pinjam HP kamu dulu cu..

cucu : nk tpon siapa spa nek ??

nenek : bukan! nenek nk buka facebook dulu..

cucu : npa nenek nk buka facebook lagi waktu bgini nie?

nenek : Hmmm nenek nk ubah status
dari BERKAHWIN menjadi JANDA.

Cucu : @#@%#^

Hahahahahahahahah


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pesanan

13 AURAT WANITA. SILA KONGSI & SEBARKAN ILMU INI...

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
 
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
 
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Allahu'alam...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Just do it

Sebagai renungan...

"Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran". (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, September 27, 2011

Lagu favorite....

Insan : Yantzen

Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Lawak 18SX

Aduhai Aminah

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa.

Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?".

Takde sape jawab.

Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum, Aminah pun menjerit "MAK!!"

Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?"

Budak tu cocok lagi ngan jarum, Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!"

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik.

Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?"

Budak tu cocok lagi.

Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!"

Ustazah tu terus pengsan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, September 26, 2011

Padamu... Suatu nukilan

disaat kau bersamaku cahaya rembulan membasuh kulitku dan kulitmu
sedang cahaya bintang menyentuh wajahmu, membuat ia begitu indah dan mententeramkan jiwa yang melihat pesonanya.

kekasih;
kukatakan padamu kenangan kemarin adalah kenangan yang takkan tergantikan oleh kisah manapun di belahan dunia ini ia adalah kenangan yang melekat, seakan-akan ia adalah bagian dari tubuhku, dan tak mungkin aku meninggalkannya.

kekasih;
kukatakan kepadamu ku bisikkan hatimu bahwa aku takkan sanggup menghapus semua kenangan indah tentangmu.


Seperti kata Afgan.... PadaMu Kubersujud

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

repeat *, reff
repeat reff

pada-MU


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Waterfall

Sinar.fm
1:32am


One of my favorite song by TLC (waterfall)


Verse 1

A lonely mother gazing out of the window
Staring at a son that she just can't touch
If at any time he's in a jam she'll be by his side
But he doesn't realize he hurts her so much
But all the praying just ain't helping at all
Cause he can't seem to keep his self out of trouble
So he goes out and he makes his money the best way he knows how
Another body laying cold in the gutter Listen to me

Chorus

Don't go chasing waterfalls
Please stick to the rivers and the lakes that you're used to
I know that ypu're gonna have it your way or nothing at all
But I think you're moving too fast

Verse 2

Little precious has a natural obsession
For temptation but he just can't see
She gives him loving that his body can't handle
But all he can say is baby it's good to me
One day he goes and takes a glimpse in the mirror
But he doesn't recognize his own face
His health is fading and he doesn't know why
3 letters took him to his final resting place
Ya'll dont'hear me

Chorus

Rap

I seen a rainbow yesterday
But too many storms have come
Leaving a trace of not one God-given ray
Is it because my life is ten shades of grey
I pray all ten fade away
Seldem praise Him for the sunny days
And like His promise is true
Only my faith can undo
The many chances I blew
To bring my life to a new
Clear blue and unconditional skies
Have dried the tears from my eyes
No more lonely cries
My only bleedin' hope is for the folk who can't cope
With such an endurin' pain that it keeps 'em in the pouring rain
Who's to blame for shootin'caine into you're own vein
What a shame you shoot and aim for someone else's brain
You claim the insane and name this day in time
For fallin' prey to crime
I say the system got you victim to your own mind
Dreams are hopeless aspirations
In hopes of comin' true
Believe in yourself
The rest is up to me and you

Chorus


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Aku Tetap Aku

Sinar.fm
1:03am


Aku Tetap Aku - Shima

Aku tetap di sisimu selalu
Di dalam susah di dalam senang
Aku tetap menyayangi dirimu
Begitulah peganganku
Biar apapun yang melanda
Aku tetap diriku bagai dulu

digg

Aku tetap insan yang kau kenali
Kasihku tidak berbelah bagi
Aku tetap memberi yang termampu
Sepenuh jiwa ragaku
Tiada yang lebih bahagia
Bila aku melihat kau gembira

( korus )
Di… duga diuji
Tiada sekali kali aku mengalah
Berundur pergi
Biar… apa terjadi ku tetap
Percaya…
Kasih padamu kasih yang satu
Ku tetap aku

Tak inginku melihat kau derita
Tak sanggup aku merasakannya
Biar hebat dugaan yang mencabar
Aku tidak pernah gentar
Oh… oh… oh…

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, September 25, 2011

Memori lalu

Kata orang, masa dan kenangan yang berlalu tetap tidak akan dapat dilupakan. Lagi-lagi apa yang berlalu itu melibatkan sesuatu yang sangat besar dan bermakna dalam hidup seseorang.

Ada pula orang akan terhibur apabila sesekali memori lalu menyapa ingatan. Ada kenangan manis. Ada kenangan pahit. Namun kedua-duanya akan menjadi suatu kenangan yang indah apabila sudah lama berlalu.

Betullah kata orang, anda tidak akan pernah dapat melupakan masa lalu anda.

Tadi pergi rumah kawan. Dia ajak makan-makan sempena hariraya. Dapat makan dan mengimbau kenangan bersama. Cerita punya cerita akhirnya masing-masing membuka memori tersendiri.

Kelakar. Masing-masing berlumba-lumba nak menceritakan kenangan masing-masing. Ternyata, mengimbas kenangan lalu itu memang menyeronokkan. Dan boleh membuat kita tersenyum sendiri. Bagi saya, teramat rugi bagi sesiapa yang hendak membenci masa lalu.

Setiap orang, berbeza cara hidup dan keadaan hidup yang ditempuhi. Masing-masing punya bermacam kisah yang dipendam. Dalam anda membenci masa lalu tu, cubalah mencari sedikit kebaikan di dalamnya. Mungkin kalau sesuatu itu tidak terjadi suatu masa dahulu, mana mungkin kita seperti sekarang. Tak gitu?

Setiap orang pasti ada kenangan yang pahit pernah dilaluinya. Saya juga begitu. Kadang-kadang untuk mengimbas kembali, terasa sakit ada, malu pun ada. Namun itu bukanlah alasan untuk membenci apa yang telah terjadi. Setiap sesuatu kejadian itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 24, 2011

Pesanan dan harapan

Dari BBM kekawan...

Aku datang dalam cukup sifat
Biarlah ku pulang dalam cukup sifat
Aku datang dalam sihat
Biar ku pulang dalam sihat
Kalau sungguh sekali pun
Sudah sampai masanya
Izinkanlah aku mohon
Keampunan mu
Dan ampunlah aku
Biar ku datang dalam islam
Biar ku datang dalam iman
Kesihannilah aku
Masih banyak yang belum selesai
Bukan harta yang aku kisahkan
Tetapi
Anak anak dan isteri yang bakal ku tinggalkan
Cukupkah amalan dijadikan bekalan
Bimbang ku mengemis di hadapan mu Tuhan
Seandainya sudah tiba saat itu
Ambillah daku di kala aku sedang sujud mengadap mu
Atau
Sedang membaca al quran mu
Atau
Sedang meneliti satu persatu
Baris makna kitab hadis dan sunnah
Atau sedang bertasbih bertahamid berzikir
Memuji kebesaran mu
Dan kalau boleh ku ingin hidup lagi
Berbakti dan terus berbakti
Buat insan miskin
yang tersenyum melihat ku
Buat anak anak yatim
mengharap kasih ku
Buat ibu ibu tunggal
yang menanti bantuan ku
Kerna aku pernah datang dari embah yang bernama kemiskinan
Maka Allah beri aku sedikit kekayaan
Untuk dikongsi biarpun secawan kopi
Bukan wang yang mereka cari
Cukup sekadar bantuan meringan beban
Dan aku bangga kerna dapat duduk dengan mereka
Dan yang aku harap harapkan DOA
Dari mereka buat ku
Dan seringkali aku berkata kata
Dimana ada pohon yang rendang
di situlah aku tumpang berteduh
Dimana ada pelabuhan
Di situalah rindu dan kasih ku berlabuh
Dan buat isteri dan anak anak ku
Hari hari adalah cinta yang baru buat ku
Dan juga buat mu


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 22, 2011

Trivia

Tahukah anda hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang six pax dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian, namun itulah hakikatnya.

Beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh.

Sesungguhnya Buncit itu Seksi...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, September 20, 2011

Gagal?

Sinar.fm
7:34am

Berapa kalikah anda gagal? Apakah kesan dari kegagalan itu? Apakah langkah anda untuk mengelak dari terus gagal? Inilah persoalan yang selalu timbul. Tapi pernahkah anda terfikir hikmah di sebalik kegagalan itu..
Kegagalan sebenarnya adalah guru dan pembimbing kepada kejayaan akan datang. Tidak semua perkara positif menjadi rangsangan terbaik untuk kita semua. Adakalanya sesuatu yang negatif seperti kisah kegagalan, kesusahan akan menjadi pendorong yang lebih baik untuk mengubah kehidupan kini agar lebih baik dari semalam.

Kegagalan dapat melumpuhkan rasa ego dan takbur dalam diri. Kadang-kadang keyakinan yang melampau menyebabkan kita rasa ego bahawa kita akan berjaya sedangkan sekelip mata sahaja Allah boleh tukarkan kepada kegagalan jika Dia mahu.

Kegagalan memberikan ruang agar kita merancang dengan lebih teliti. Biasalah sebagai manusia pasti ada juga yang terlepas pandang dalam perancangan yang kita lakukan. Tetapi dari pengalaman, ia pasti mengajar kita supaya lebih dalam teliti dalam merancang di masa hadapan. 

Gagal bererti anda berdepan dengan cabaran. Maknanya jika anda mampu melepasi ujian ini maka anda bakal menempah sebuah kejayaan. Cabaran adalah ibarat duri-duri yang anda pijak ketika berusaha mencapai apa yang anda kehendaki.

Hidup ini ibarat roda. Ada masa di atas ada masa di bawah. Setiap kejayaan yang kita capai mesti kita akan menempuh lalui  kegagalan dahulu. Jadi jangan malu untuk gagal. Kita belajar dari kegagalan dan kesilapan kita. Kita tidak tahu bila kita akan berjaya tapi yang penting kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa mahu berubah.


Bak kata Dato' Shake : Anugerah Dari Kegagalan

Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

1
Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho

( ulang dari mula hingga akhir)

( ulang 1 2X )

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, September 19, 2011

Sekadar renungan

As salam sahabat2 yg d kasihi....

Utk dpt teman sejati:
Jadilah org yg baik n kwn yg baik; sanggup korban, utamakan kwn drp diri, pendam perasaan utk jaga hati kwn, hebahkan yg baik n pendam yg buruk ttg kwn, doakan, maafkan n bantu kwn utk berjaya n berubah jadi positif. Inilah sifat kwn yg ibarat saudara dunia n akhirat. Jom usaha utk jadi kwn sejati.

Wassalam


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

If I Ain't Got You

Sinar.fm
7:36am


If I Ain't Got You - Alicia Keys

Some people live for the fortune
Some people live just for the fame
Some people live for the power, yeah
Some people live just to play the game
Some people think that the physical things
Define what's within
And I've been there before
But that life's a bore
So full of the superficial

[Chorus:]
Some people want it all
But I don't want nothing at all
If it ain't you baby
If I ain't got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing
If I ain't got you, Yeah

Some people search for a fountain
That promises forever young
Some people need three dozen roses
And that's the only way to prove you love them
Hand me the world on a silver platter
And what good would it be
With no one to share
With no one who truly cares for me

[Chorus:]
Some people want it all
But I don't want nothing at all
If it ain't you baby
If I ain't got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing
If I ain't got you, you, you
Some people want it all
But I don't want nothing at all
If it ain't you baby
If I ain't got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing
If I ain't got you, yeah

[Outro:]
If I ain't got you with me baby
So nothing in this whole wide world don't mean a thing
If I ain't got you with me baby


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

APA PUNCA ANAK DERHAKA?

Pedoman utk ibubapa mendidik anak....


Sabda Rasulullah s.a.w. "
 
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
 
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
 
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima.

Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak.

Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
 
 
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
 
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.

Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
 
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
 
 
HUBUNGAN DENGAN BAPA
 
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa."

Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
 
 
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
 
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
 
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya.

"Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati.

Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.

Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
 
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
 
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.
 
Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
 
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
 
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
 
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
 
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
 
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
 
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.
 
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
 
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
 
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
 
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
 
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
 
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
 
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
 
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, September 16, 2011

There is Something....

From FB friend of mine....

A poem...

There's something about you,
That keeps bringing me back for more
It's like a tingling whenever I see you,
An extra beat from my heart when i hear your voice

You're like my own personal drug
Without you I'm lost
I have nowhere to go, no way to live
I need you here with me
Breathing the air I breathe,
Touching the earth I touch,
Holding the hand I use to hold yours.
I dream about us being together
And i know that one day we will be,

We will rise above all things great
To be even greater ourselves
I know it will take some time
But that is all i have left.
I have all the time in the world
Just as long as I get to be held in your arms
Where I know I'm safe,
Safe from all harm.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 15, 2011

Cobalah Untuk Setia

Hotfm
7:50pm


Cobalah Untuk Setia : Krisdayanti

apalah maumu kasih
kau pilih diriku di dalam hidupmu
nyatanya kulihat kini
tak bisa kau coba untuk setia

sudah cukuplah sudah
ku memberikan waktuku
kau selalu tak bisa
mencoba untuk setia

reff:yang selalu ku inginkan
yang selalu ku nanti
kau coba untuk mengerti
apalah arti mencinta

dan harus kau sadari
bila ingin bersamaku
jangan coba kau ingkari
cobalah untuk setia

masih kah aku diinginkan
masihkah aku di dambakan
masih ada waktu bersamamu
bersamamu akan kujalani hidup

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, September 13, 2011

Tiada Rahsia Antara Kita

Sinar.fm
7:26pm


Tiada Rahsia Antara Kita : Awie

Oh!...
Mengapa aku
Dilukai, didusta, dipenjara
Begini

Oh!...
Cinta
Manisnya jika tiada
Rahsia antara kita

Tabir di wajahmu
Tak mungkin
Sembunyikan rasa (kebenaran)
Namun apa yang kau lakukan padaku
Memerlukan penjelasan

Demi cinta
Tak pernah aku mengkhianatimu
Janji, kugenggam
Hingga terbukti nyata

Demi cinta
Tak pernah aku mencurigaimu
Namun, apa yang kau lakukan padaku
Adalah, penyiksaan
Ku bagai biduk
Yang kehilangan arah
Menentang arus

Segala gerakmu
Di dalam perhatianku
Namun kau buatku
Bagai tak wujud disisi

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Andai Masih ada Rindu



Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen.

Mencari titik permulaan


Pada pendapat saya, kadang-kala kita sering terlupa isu kecil yang berlaku di sekeliling kita boleh menjadi faktor penghalang kejayaan kita.
Ingin saya memberi contoh dengan melihat kepada aspek kebahagian hidup. Berapa ramai antara kita yang mencari bahagia? Saya yakin pasti jawapannya ramai, tetapi, pernahkah kita menilai apakah aspek dalam diri kita yang menghalang kita dari bahagia?
"Bahagialah dari dalam dan hasilnya akan terlihat di luar. Bahagialah dengan Allah. Jangan mencari bahagia dari luar."
Jelas di sini, dengan menjadikan material sebagai ukuran bahagia menjadikan kita manusia yang tidak pernah puas, lantas tidak bahagia. Duit, pangkat, harta, kecantikan... semuanya fitrah manusia. Kadangkala, perkara ini menjadi keperluan dan kebanyakan dari kita meletakkannya sebagai kehendak.
Titik permulaan... Titik penentu
Saya pasti kita semua pernah melihat pertandingan larian. Sama ada jarak dekat atau jauh, semuanya bermula pada titik permulaan yang sama. Namun, setiap peserta larian mempunyai visi, motivasi dan kekuatan yang berbeza. Namun akhirnya, hanya ada satu titik penentu iaitu garis penamat di hujung trek.
Begitu jugalah kita sebagai manusia, kita ada seribu satu titik untuk dipilih. Setiap satunya datang dengan cabaran untuk menguji keimanan. Tinggal kita untuk memilih titik mana yang mampu mengubah mimpi menjadi realiti.
1. Mencari apakah pushing factor yang mampu menjadi titik permulaan kita untuk berubah ke arah kebaikan.
2. Tetapkan titik penentu dalam setiap permulaan kita yang pastinya mardhatillah juga menjadiultimate goal kita.
3. Gerakkan diri dan persekitaran untuk berubah sama ke arah kebaikan. Sebarkan kebaikan, moga dengan izin Allah ia mampu membentuk masyarakat yang cemerlang.
4. Teruskan mengasah "kapak" anda. Andai tiada "pengasah", rujuklah pada pakarnya. Banyakkan bertanya pendapat orang yang faqih dan carilah ilmu sebagai pemangkin anda.
5. Mohon petunjuk dari Allah. Hakikatnya Dia jugalah Penggerak hati kita, maka selayaknya kepada Allah kita mengadu dan berharap.
6. Teruskan bahagia dengan Allah. Rasakanlah kesyukuran itu sebagai penguat terbaik kita untuk terus berusaha.
D + U + I + T
Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal... itu penutupnya. Moga Allah redha dengan titik permulaan yang kita pilih. Moga diberi petunjuk terbaik buat kita semua. Apa lagi ditunggu? Carilah titik itu... mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Aku Penumpang


Copy-paste dari blog.... mcm best baca... suatu renungan.....

Kala laut sunyi hebat melambung ombak benci
Teroleng-oleng sampan kecil mengayuh cari daratan
Angin jangan hembus pergi tenang ini
Aku cuma penumpang menumpang damai lautmu
Cuba lari menjauh desir ribut cebis hati
Cuba tutup mata membutakan kejamnya dunia
Demi umurku bersumpah
Aku penumpang paling bertuah
Punya sampan kecil tapi kuat menongkah langkah
Walau compang camping bertampal gam rekahnya
Walau layar cuma sehelai sejadah buruk hadiah dari Tuhanku
Malam bawa pergi matahariku
Siang bawa pergi bulanku
Penumpang buta tanpa cahaya
Meraba-raba di lautan belantara
Turun naik tinggi gunung ombak
Terkapai-kapai cari capai tangan Hidayahnya
Titis hujan tengkujuh ini menghanyut pergi lukisan mimpi
Dingin hembus nafas sang Murabbi bagai tanda aku dikasihi
Moga doa empati penumpang ini bisa terus menerobos hati Ilahi
Walau sesak sempit penjara sampan dilautan sunyi
Walau kencang angin tidak sayang padaku
Walau dikhianati bintang penunjuk jalan ini
Aku rela walau disimbah asid caci
Kerna aku penumpang sejati cuba cari titik sujud kasih Rabbul Izzati
Demi umurku bersumpah
Aku penumpang paling bertuah.

Monday, September 12, 2011

Biarlah rahsia

Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
 
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan
**

Korus:

Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
***

# Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta
**

[ Ulang Korus ]

[ Ulang # ]

***
Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 10, 2011

Hikmah Menjadi Wanita

Sebagai renungan.....


Bersyukurlah Anda Seorang Wanita...
Kaum Hawa..
Asalnya dari rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasan,
bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindungi,
dekat dihati untuk dicintainya..

Mulianya seorang isteri disisi Allah..
Betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
Pada keluarga,
yang tidak menghargai isteri mereka
suami dan anak-anak..
Rugi dan binasalah suami-suami kerana
isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim
Dia bekerja dengan Tuhan..
jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..
sembahyang wajib baginya
dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah..
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga
tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..
seluruh kebaikan suaminya,
isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

Diakhirat nanti seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya di titian Sirat
dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala tambahan ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita
supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.
bersyukurlah
anda dilahirkan sebagai kaum hawa


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Keajaiban Manusia Akhir Zaman

Dari email kekawan. Sekadar renungan...


Sesungguhnya keajaiban manusia di akhir zaman ini sangat banyak dan nyata sekali. Kadang-kadang kita kurang peka untuk menilainya sehingga kita melihat semuanya dalam keadaan baik. Namun, bila kita teliti dengan mendalam, kita akan menjumpai banyak keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman ini. Keajaiban yang dimaksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik lainnya. Tetapi mengenai cara berfikir manusia di akhir zaman ini.

Berikut adalah sebagian kecil dari sifat-sifat manusia sekarang ini. Di antaranya :

Bila seorang ketua atau pemimpin melakukan korupsi berbilion dan bahkan trilion dollar, maka mahkamah dengan mudah mengatakan kes tersebut tidak mempunyai bukti untuk menahan dan mengadilinya.

Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan (lemah), dengan mudah dia ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara, sedangkan mereka hanya mengambil sekeping roti, itupun kerana lapar.

Bila ada individu atau kelompok dengan jelas memperlecehkan ajaran Islam, Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya, di negara-negara Islam, maka dengan bersengaja orang mengatakan itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan kepelbagaian menafsir ilmu agama.

Namun, apabila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten mengamalkan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak mampu berdakwah dengan hikmah, dan dicurigai sebagai seorang pengganas.

Apa saja yang dicatatkan dalam Quran, dengan mudah orang mempercayainya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan.

Akan tetapi, apa yang tercantum di dalam Al-Qur'an belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Qur'an itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang tidak diragui lagi. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari setiap sudut ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan bahawa mengajarkan Al-Qur'an membuatkan seseorang menjadi pengganas.

Sebilangan besar masyarakat termasuk yang mengaku Islam, yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka tidak tenang dan mereka selalu menghadapai perbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para pemimpin mereka. Mereka masih boleh berkata : inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman.

Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu adalah tidak sesuai di zaman moden, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat dan Allah tidak menzalimi hamba-Nya.

Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia menjalankan ajaran agamanya.

Namun, jika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang dicurigai, khususnya ketika berada di tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.

Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya, orang akan mengatakan bahawa dia sedang menjalankan ajaran agamanya.

Namun, apabila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terkebelakang dan tidak sesuai dengan kehidupan zaman moden. Padahal yang menuduhya itu adalah para pendokong demokrasi, yang mempunyai prinsip setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.

Bila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja kerana menjaga rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya.

Namun, bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suaminya,  mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya diri perempuan itu dijajah dan harus dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki.

Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan memakai pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.

Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya berfikiran sempit dan tidak sesuai dengan peraturan kampus atau tempat kerja mereka.

Bila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah untuk mengasah bakat, kecerdasan dan kreativiti anak tersebut.

Namun, bila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan.

Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan ke negeri Islam khususnya di Palestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana.

Akan tetapi, apabila kaum Muslim melawan Yahudi untuk mempertahankan Palestin, atau Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas.

Bila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.

Namun, bila orang Palestin melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari keganasan tentara Israel, atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel, atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari kerakusan pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Muslim.

Bila anak-anak Yahudi diajar perang dan menggunakan senjata untuk membunuh kaum Muslimin Palestin, maka orang akan mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri mereka.

Namun, bila anak Palestin belajar melomparkan batu menghadapi tentera Yahudi yang dilengakapi dengan kereta kebal dan senjata canggih lainnya ketika menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka melakukan kejahatan dan perlu ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan bertahun-tahun lamanya.

Inilah sekelumit keajaiban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita menentukan yang baik dan yang jahat, atau kita akan menjadi korban keajaiban akhir zaman?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 8, 2011

A letter



I seek for the nicest of words to write you
Still not equates with what I feel deep down for you
I try to express myself with the most beautiful words
But I would rather show you the most beautiful piece of my heart
A heart of gold and a heart of ruby
Much love I bring but much more I seek.
I wish to give you my all and have it back in return.

I would rather wait till when you are comfortable enough to show an atom of love back in return than have someone else fill up your space
My heart is drawn and my heart is made up
This is not lust, this is not infatuation
Give me an open arm and you would have no cause to regret.
But your silence is blur and your reactions are yet unknown
I find it hard to fathom
I wish you would let me give you my all and get it back in return.

Every time you come my way, the passion burns deep inside like wild flowers
I wish I could explain in the simplest of terms how the best things comes from the rarest places
Not even your distance would kill how I feel about you,
Not even your silence would push me away from you
Cause I feel so lonely without you

You say it’s something you are not used to
But I say its something rare, u can explore
But if someone else has your heart
I want you to know you have someone else's heart
A heart that would bleed till you show that love in return.

I pray you get to read this someday, if you ever do please write back.

From a heart that longs for you.

Wednesday, September 7, 2011

Kahwin : adat vs ibadat

Now musim raya dan musim kawin... ni sy ada terbaca kat blog perihal kawin adat vs ibadat... selamat membaca....





“Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

“Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10”Ayat-ayat yang biasa didengar.

Tergaman dibuatnya.

Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.

Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa.

Hikmahnya ditinggalkan.

Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling.

Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.

JANGAN ADATKAN IBADAT

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui” an-Nur (24:32)

Bagi wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat.

Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama. Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama.

Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri. Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani.

Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu mahal, asalkan ikhlas dan berterusan. Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya.

Mahar bukan harga jualan.

Jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan. Jangan terkejut jika ada ternampak warga ‘terlajak’ umur antara lingkungan 40-45 tahun yang menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.

TERBITNYA MASALAH LAIN

Sebenarnya masalah couple atau maksiat hati, mata dan sebagainya bukanlah masalah pokok, masalah ini terbit dari masalah yang lain.

Apabila budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid, dengan hantaran dan mas kawin yang mahal-mahal, sehinggakan dengan belanja kahwin seseorang itu mampu memiliki sebuat rumah maka tidak hairanlah ramai yang berbondong memilih untuk bercouple dahulu.

Berjuang untuk memudahkan urusan perkahwinan juga merupakan suatu ibadah, secara tidak langsung menutup satu alasan kenapa perlu bercouple.

Umumnya di barat pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia. Malah, sesuatu yang janggal sekiranya seseorang itu masih dara setelah berusia tujuh belas tahun. Mereka lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka berkahwin nanti.

Jangan kita lupa, masyarakat di negara kita pun sekarang tidak jauh bezanya. Menghalakan pergaulan bebas, berpelesaran lelaki dan perempuan. Tidak mustahil gejala seks bebas tidak pernah berlaku.

Tugas berat ini terletak di bahu kita sekarang sebagai ad-Da’ie. Mulakan di kampus pengajian kita, tempat kerja untuk mengubah suasan tidak sihat ini. Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin yang mendamba sakinah, mawaddah dan rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar dan hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di atas.